DEIG: Kenapa tidak tambah baik MBI sahaja? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

DEIG: Kenapa tidak tambah baik MBI sahaja?

SHAH ALAM – Ahli Mesyuarat Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan mendesak Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali agar tidak meneruskan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) kerana entiti berkenaan dikhuatiri boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, kewujudan entiti berkenaan yang dirangka untuk menguruskan pelaburan kerajaan negeri bagi menggantikan Menteri Besar Incorporated (MBI) melambangkan ketidaktelusan Azmin kerana DEIG didaftar di bawah akta syarikat.

“Mana mungkin mereka mampu uruskan entiti ini kerana mereka semua sibuk berpolitik sedangkan DEIG diwujudkan untuk menguruskan dana bernilai RM30 bilion.

“Banyak kerosakan dan kerugian akan berlaku jika DEIG diteruskan kerana entiti ini terlibat dalam akta syarikat yang diuruskan oleh dua pemegang saham bernilai RM2 yang hanya dikenali beliau,” katanya selepas Majlis Perasmian Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kelana Jaya, kelmarin.

[ ARTIKEL BERKAITAN: DEIG sedia disiasat SPRM, PAC ]

Sohaimi berkata, Azmin sepatutnya melakukan penambahbaikan bagi memulihkan MBI dan bukan menggantikannya dengan DEIG yang diragui latar belakangnya.

“Dia patut memilih mereka yang pakar dan berpengalaman dalam soal urus tadbir dan bukan kroni untuk diletakkan dalam sebuah entiti baru.

“Dengan cara ini apa-apa kemungkinan akan berlaku pada pentadbiran kerajaan negeri kerana ia tak terikat dengan sebarang persetujuan kecuali tertakluk pada akta syarikat sahaja,” katanya.

Menurutnya, beliau menentang DEIG kerana kewujudannya akan menyebabkan kepentingan rakyat negeri Selangor akan terabai.

“Kita bimbang DEIG ini akan digunakan sebagai kenderaan yang bertujuan membantu mereka melakukan pelbagai perkara kerana kewujudannya dikawal oleh dua pemegang saham yang berkuasa melakukan apa sahaja ke atas dana,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) berharap Azmin dapat memberi respons dalam masa 14 hari supaya DEIG dibatalkan atau berdepan dengan kebangkitan rakyat.

“Kalau DEIG ini diteruskan juga kita akan membuat memorandum bantahan dan meneliti dari sudut undang-undang untuk melakukan tindakan selanjutnya.

“Kalau kita tak halang DEIG bererti kita akan mengkhianati kepercayaan dan hak entiti yang diwujudkan untuk kepentingan perniagaan anak-anak di Selangor,” katanya.

0 Komentar untuk "DEIG: Kenapa tidak tambah baik MBI sahaja?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI