PAS Harap Mat Sabu Tidak Tinggalkan Parti - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS Harap Mat Sabu Tidak Tinggalkan Parti

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diminta untuk kekal dalam PAS dan meneruskan agenda perjuangan parti Islam itu walaupun tidak memegang apa-apa jawatan utama.

Timbalan Presiden yang baharu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua pihak termasuk Mohamad perlu menerima kekalahan masing-masing dengan hati terbuka.

"Kita harapkan bahawa dia (Mohamad) akan memperkukuhkan parti selepas muktamar.

"Seluruh pihak harus menerima keputusan dengan terbuka dan semua pihak mesti berkerja keras  memperkasakan parti," katanya pada sidang media di Pejabat Agong PAS di sini, Ahad.

Sebelum ini Mohamad yang mesra dipanggil 'Mat Sabu' membayangkan akan mencari 'wadah baharu' dalam meneruskan perjuangannya dalam politik selepas tewas di tangan Tuan Ibrahim pada pemilihan parti itu awal bulan lalu.

Ketika program 'jasamu dikenang' di Muar baru-baru ini, Mohamad dilaporkan berkata bahawa beliau dan barisan bekas pemimpin PAS yang tewas tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti baharu.

Namun kata Mohamad, perkara itu masih diperingkat rundingan termasuk bagi mengkaji tahap sokongan rakyat.

Sementara itu ketika ditanya mengenai penganjuran pelbagai program khusus untuk pemimpin PAS yang tewas di beberapa lokasi di seluruh negara, Tuan Ibrahim berkata pihaknya tidak menghalang kepimpinan peringkat bawahan untuk berbuat demikian.

"Kita tak ada halangan cuma ahli parti terikat dengan dasar dan peraturan parti. Aktiviti mesti jangan keluar daripada kedudukan kita sebagai ahli parti.

"Saya fikir apa yang cuba digembar gemburkan oleh media tidak sebagaimana yang dihasratkan," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, PAS Pusat juga akan mengadakan sambutan hari raya Aidilfitri dan majlis 'jasamu dikenang' kepada seluruh pemimpin PAS di seluruh negara Julai ini.

0 Komentar untuk "PAS Harap Mat Sabu Tidak Tinggalkan Parti"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI