Tabung Haji jual semula tanah di TRX - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tabung Haji jual semula tanah di TRX

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1MDB pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini. Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim, berkata setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah ini dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu depan. Katanya, keputusan penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH. "Kita pegang tanah ini sebulan saja dan kita sudah setuju untuk jual semula dengan sedikit keuntungan yang akan kita peroleh," katannya pada sidang media di Menara TH, pagi ini. TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah itu seluas 1.56 ekar. Mengikut Abdul Azeez, TH juga akan dapat semula 100 peratus wang yang dibayar kepada 1MDB untuk pembelian tanah itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/53847?As3v
0 Komentar untuk "Tabung Haji jual semula tanah di TRX "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI