Belum Mesyuarat Majlis Presiden PR, Kit Siang Umum Mahu Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Belum Mesyuarat Majlis Presiden PR, Kit Siang Umum Mahu Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang

PETALING JAYA: Lim Kit Siang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan suaminya.

"Kemenangan padu dan mengagumkan Wan Azizah di Permatang Pauh pada pilihan raya kecil membuka jalan bagi beliau untuk dipilih semula sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen," katanya dalam posting blog pada Jumaat.

Pakatan Rakyat kini tidak mempunyai Ketua Pembangkang yang diiktiraf berikutan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan liwat.

Rayuannya untuk mendapatkan pengampunan diraja juga ditolak, dan beliau kemudian hilang statusnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Walau bagaimanapun kerusi itu dirampas semula oleh isterinya pada PRK, Khamis.

Wan Azizah pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen semasa pemenjaraan suaminya sebelum ini pada tahun 1999.

Beliau juga pernah memegang kerusi Permatang Pauh dalam tempoh tersebut apabila Anwar telah diharamkan daripada bertanding dalam pilihan raya.

Pakatan bagaimanapun belum memutuskan secara rasmi siapa yang akan menggantikan Anwar. - Mstar

0 Komentar untuk "Belum Mesyuarat Majlis Presiden PR, Kit Siang Umum Mahu Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI