NS kalah kes transgender kerana gagal ketepi GID, buktikan perayu ‘gila’, kata mahkamah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

NS kalah kes transgender kerana gagal ketepi GID, buktikan perayu ‘gila’, kata mahkamah

Pihak berkuasa agama Negeri Sembilan gagal bukti pendirian Islam tentang bagaimana penghidap masalah identiti gender harus berpakaian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 November, 2014.

Mahkamah Rayuan yang membenarkan lelaki berpakaian wanita berkata pihak berkuasa agama Negeri Sembilan gagal membuktikan pendirian Islam tentang bagaimana mereka yang menghidap Masalah Identiti Gender (GID) harus berpakaian.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang mengetuai tiga panel hakim berkata, tiga individu Islam dalam kes itu bukan "lelaki normal" kerana menghidap sindrom tersebut, yang disahkan oleh pakar sakit jiwa dan ujian psikologi.

Pihak berkuasa agama Negeri Sembilan juga tidak menyanggah bukti perubatan itu, kata mahkamah melalui penghakiman bertulis keputusan pada 7 November bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan melanggar peruntukan dalam Perlembagaan.

Pihak berkuasa agama negeri memfailkan afidavit kepada Mufti Negeri Sembilan yang mengatakan Seksyen 66 yang melarang lelaki berpakaian wanita kerana ia diharamkan Islam.
"(Peguam perayu) memberikan hujah pendapat mufti gagal menekankan isu penting untuk mencabar Perlembagaan: Apa kedudukan Islam untuk etika berpakaian lelaki yang menghidap GID, seperti perayu," kata Hishamuddin dalam penghakiman bertulis yang diperolehi The Malaysian Insider.

Afidavit mufti difailkan sebagai respon kepada kaji selidik ahli sosiologi, Profesor Teh Yik Koon yang memberikan bukti sokongan sindrom yang dihidapi perayu, sebagai tambahan bagaimana Seksyen 66 memberikan kesan berbalik kepada transeksual dan masyarakat Malaysia.

Muhamad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani dan Wan Fairol Wan Ismail merupakan perayu dalam kes untuk mengisytiharkan Seksyen 66 dalam enakmen berkenaan bercanggah dengan Perlembagaan.

Pada 2013, Mahkamah Tinggi Seremban menolak permohonan semakan kehakiman mereka.

Tanpa sokongan bukti perubatan untuk menyokong hujah gila, mahkamah juga menolak dakwaan penasihat undang-undang negeri, Iskandar Ali Dewa, yang mengatakan transgender berpakaian dan berperlakuan seperti wanita mempunyai masalah mental.

"Jawapan kami kepadanya adalah, tanpa bukti perubatan, mengatakan perayu dan individu transgender lain sebagai gila adalah menghina," kata Hishamuddin.

Ali, yang mewakili pihak berkuasa agama memberitahu mahkamah pada Julai, ketiga-tiga mereka boleh mempertahankan diri kerana tidak berupaya mengetahui apa yang mereka lakukan bercanggah dengan undang-undang.

Mengikut Seksyen 11 enakmen itu, dan sama seperti Seksyen 84 Kanun Keseksaan di mana seseorang individu gagal tidak berupaya untuk mengetahui dirinya melanggar undang-undang.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya mengisytiharkan Seksyen 66 enakmen itu terbatal kerana melanggar hak dijamin Perlembagaan seperti kebebasan bersuara dan bergerak, dan hak untuk hidup bermaruah dan hidup secara saksama.

Hakim lain dalam kes ini termasuklah Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan.

Hishamudin berkata, peruntukan dalam enakmen memberikan kesan langsung kepada perayu untuk hidup dengan bermaruah dan menghalang mereka diterima menjadi anggota masyarakat.

Menurut dokumen mahkamah, ketiga-tiga mereka adalah jurumekap artis atau mak andam yang ditahan kerana berpakaian seperti perempuan dan menghadapi diskriminasi, termasuk keganasan disebabkan GID.

Hishamudin juga berkata, semua enakmen, termasuk undang-undang Islam, diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu selari dengan hak asasi seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Beliau kerkata, Artikel 74(2) di baca bersekali dengan Senarai Negeri memberikan kuasa kepada DUN untuk membuat undang-undang berkaitan Islam, akan tetapi ianya terhad kepada Perlembagaan.

"Artikel 74(3) menyatakan kuasa perundangan negeri tertakluk kepada syarat atau sekatan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata, Artikel 4 mengatakan Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di Persekutuan dan mana-mana perundangan yang tidak selari dengan dokumen itu adalah tidak sah.

Hishamuddin berkata, Perkara 11 (Artikel 5 hingga 13) Perlembagaan memberi jaminan kebebasan kepada semua rakyat Malaysia.

"Membaca Artikel 74(3) dan 4(1), jelas mengatakan undang-undang semua negeri, termasuk undang-undang Islam yang diluluskan negeri perlu konsisten dengan Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan," katanya.  – 11 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ns-kalah-kes-transgender-kerana-gagal-ketepi-gid-buktikan-perayu-gila-kata#sthash.9AAQ3qEc.dpuf
0 Komentar untuk "NS kalah kes transgender kerana gagal ketepi GID, buktikan perayu ‘gila’, kata mahkamah "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI