Drama Melayu hanya berkisar soal cinta? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Drama Melayu hanya berkisar soal cinta?

SEJAK akhir-akhir ini drama Melayu adaptasi dari novel semakin banyak ditayangkan di kaca tele­visyen. Namun, pada pendapat saya semuanya ‘sampah’.

Mengapa saya berkata demikian? Kerana  semuanya berkisar tentang cinta. Semua menceritakan tentang kahwin, si A dengki kepada si B kerana merampas kekasihnya dan  banyak lagi yang mana tidak perlu saya ceritakan.

Tiada satu pun filem/drama Melayu adaptasi novel yang tajuk utamanya tidak berkisar tentang  cinta. Di mana ‘standard’ drama adaptasi novel Melayu?
Sekali lagi terpaksa diban­dingkan dengan  filem-filem adaptasi novel Barat. Lihat sahaja filem ‘The Maze Runner’ yang baru ditayangkan di pawagam baru-baru ini. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang terperangkap di dalam permainan ‘pagar sesat’ dan perlu mencari jalan untuk keluar yang mana mereka perlu mengharungi cabaran-cabaran yang sungguh ekstrem.

Filem-filem sebeginilah yang kita mahu anak Malaysia terbitkan kerana ia dapat merangsang  otak kita untuk berfikir. Bukan filem-filem atau drama-drama cinta yang melemahkan pemikiran dan menyebabkan otak tidak boleh berjalan.
Tolong jangan rosakkan pemi­kiran anak-anak  muda sekarang. Tidak cukup bajet? Itu bukan  alasan!
Sudahlah drama-drama biasa se­belum ini berkisar tentang cinta. Lakukanlah perubahan kepada  filem-filem/drama-drama yang diadaptasi dari novel ini. Yang penting, jangan rosakkan anak-anak muda sekarang dengan filem-filem sampah.

Jika kita tidak mengubahnya, bila lagi filem-filem Malaysia akan mencapai taraf ‘international’?
Tolonglah lakukan filem atau drama yang lebih kreatif dan membuatkan otak kita berfikir.
Sampai bila pemikiran orang Melayu hendak maju?

Penonton Kecewa


- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/drama-melayu-hanya-berkisar-soal-cinta-1.24369#sthash.o6LP7Zj0.dpuf
0 Komentar untuk "Drama Melayu hanya berkisar soal cinta?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI