Bekas exco PAS nafi buat keputusan pampasan RM2.6 juta kepada pembantu Khalid - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bekas exco PAS nafi buat keputusan pampasan RM2.6 juta kepada pembantu Khalid

Exco PAS tidak buat keputusan pemberian pampasan kepada 8 pembantu bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata bekas exco Selangor Sallehen Mukhyi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 November, 2014.

Keputusan pemberian pampasan kontroversi RM2.6 juta kepada 8 pembantu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dibuat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS, kata Sallehen Mukhyi.

Sallehen yang juga bekas exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, antara salah seorang empat exco PAS yang kekal bersama Khalid ketika kemelut menteri besar Selangor walaupun enam exco PKR dan DAP dipecat.

Kontroversi timbul selepas pendedahan sejumlah besar pampasan diberikan kepada pembantu Khalid di mana keputusan tersebut dibuat semasa 4 exco tersebut masih berkhidmat di bawah pentadbiran Khalid.

Bagaimanapun, Sallehen berkata keputusan pemberian pampasan tersebut dibuat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan mereka hanya dimaklumkan tentang jumlah keseluruhan pampasan.
“Kami exco ketika itu hanya diberitahu pihak MBI hendak buat pembayaran kepada beberapa kakitangan dan perkara itu diluluskan lembaga pengarah MBI dalam mesyuarat mereka.

“Tidak boleh salahkan exco lama untuk bertanggungjawab dalam hal pemberian kebenaran kerana kami hanya dimaklumkan, malah tidak juga didedahkan pecahan angka agihan. Sebaliknya hanya pemberitahuan jumlah keseluruhan pampasan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak itu juga berkata keputusan pemberian tersebut dilunaskan pada tarikh pemakluman pampasan tersebut.

"Difahamkan bayaran pampasan kepada 8 bekas pembantu Khalid sebanyak RM2.6 juta yang pernah menganggotai ahli lembaga MBI dilunaskan pada tarikh pemakluman.

"Exco hanya dimaklumkan, bukannya diambil keputusan," katanya.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sebarang pertuduhan tidak wajar dibuat selagi tiada laporan audit melibatkan pampasan tersebut.

"Tuduhan salah laku perlu lalui proses audit. Sebab itu saya lakukan semakan semula minit mesyuarat exco pada 27 September lalu.

"Saya tidak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu," katanya.

Baru-baru ini, pendedahan pemberian RM2.6 juta pampasan atau "golden handshake" diberikan kepada pembantu Khalid sebelum beliau meletakkan jawatan dua bulan lepas, keputusan yang dibuat pada hari-hari akhir perkhidmatannya.

Dalam dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, RM2.27 juta dibayar sebagai pampasan, berserta RM376,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan dikatakan dibayar kepada 8 pembantu Khalid.

Difahamkan bayaran tersebut diluluskan Khalid yang juga merupakan ahli lembaga MBI, serta 4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS pada 22 September, salah satu tindakan akhirnya sebagai menteri besar.

Dokumen tersebut menunjukkan jumlah terbesar bayaran tersebut diberi kepada Faekah Husin, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

Beliau didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz didakwa dibayar RM358,000 pampasan dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan sementara setiausaha politiknya Mustapa Mohd Talib didakwa dibayar RM265,000.

Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka. – 22 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-exco-pas-nafi-buat-keputusan-pampasan-rm2.6-juta-kepada-pembantu-khal#sthash.QPDqwcKD.dpuf
0 Komentar untuk "Bekas exco PAS nafi buat keputusan pampasan RM2.6 juta kepada pembantu Khalid"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI