Bekas MB: Yang buat masalah parti, bukan sultan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bekas MB: Yang buat masalah parti, bukan sultan

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) perlu akur dengan kehendak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengkehendaki lebih daripada satu nama calon, kerana arahan sultan tersebut ada rasionalnya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata, seharusnya PR akur dengan kehendak Sultan Selangor kerana permasalahan yang berlaku tersebut adalah berpunca daripada parti, dan sultan hanya mahu menyelesaikannya.

"Kalau sudah hantar nama sultan tak nak, cadanglah nama lain. Kalau serah nama, sultan terima. Alhamdulillah.

“Permasalah sekarang bermula daripada parti dan bukannya sultan, jadi sultan  tidak sepatutnya diheret dalam isu pengantian menteri besar yang baharu,” katanya pada Wacana Siri ke-31, Kerusi Panas Menteri Besar Selangor, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Muhammad Taib mengingatkan Pas supaya terus memelihara sokongan bukan melayu dan tidak terlalu bergantung kepada sokongan kaum Melayu beragama Islam.

"Kita dalam pilihan raya, Cina yang pakai skirt pendek pun mengibarkan bendera Pas. Tahap sudah capai macam itu.

"Kepercayaan mereka kepada Pas dan PR serta mereka menghormati Nik Aziz kerana seorang yang baik dan imej Islam yang adil," katanya.
1 Komentar untuk "Bekas MB: Yang buat masalah parti, bukan sultan"
Anonymous
delete

Adakah benar yang membuat masalah adalah bekas MB.. setahu ana.. TSKI telah meletak jawatan tapi masalahnya SULTAN tak benarkan dan minta tangguh... setahu ana pula dari pihak PR (PKR dan DAP), majoriti dah tercapai untuk pilih MB baru iaitu 30 ADUN tapi sultan nak 3 nama yang sebelum ini satu nama pun tak ada masalah... adakah takut nak menuduh SULTAN sebagai masalah dengan menjadikan MB sebagai kambing hitam?

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI