Jerman menang bergaya ke atas Portugal - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Jerman menang bergaya ke atas Portugal

PEMAIN barisan hadapan, Thomas Muller yang menjadi penyerang utama Jerman pada perlawanan menentang Portugal beraksi cemerlang menyumbang tiga gol ke atas pasukannya, sekaligus menundukkan pihak lawannya di Piala Dunia 2014 malam tadi.

Muller nyata tidak melepaskan peluang melakar hatrik dan merembat gol pasukan lawan sekaligus meletakkan Jerman pada kedudukan selesa 4-0.

Satu lagi jaringan gol oleh pemain tengah Jerman, Mats Hummels memantapkan lagi kedudukan
Jerman sehingga akhir perlawanan, lapor StadiumAstro.

Nyata benteng pertahanan Jerman sukar dilepasi Portugal meskipun mereka bermula rancak beberapa minit di awal permainan.

Jaringan gol pertama dilakar baik oleh Muller menerusi sepakan penalti pada minit ke-12, manakala Mats Hummels menyumbang sebuah lagi gol pada minit ke-32, jaringan ketiga dan keempat Jerman masing-masing pada minit ke-45 dan 78 sekaligus meninggalkan Portugal jauh ke belakang dalam mencari gol kemenangan.

Aksi gah yang dipamerkan Jerman nyata memberi tekanan kepada bintang Portugal, Christiano Ronaldo yang turut turun padang beraksi di perlawanan tersebut.

Cubaan Ronaldo untuk merembat gol Jerman pada minit-8 dan 60 dipatahkan dengan mudah oleh penjaga gol malah, kesilapan penjaga gol Jerman, Rui Patricio juga gagal dimanfaatkan Sami Khedira walaupun pintu gol sudah terbuka luas untuknya membuat jaringan.

Pemain pertahanan, Pepe dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-37 pabila dia memburukkan lagi pasukan yang dikendalikan Paulo Bento dengan menanduk Muller yang ketika itu terduduk di atas padang.

Muller bagaikan sukar disekat dan meletakkan Jerman dalam kedudukan selesa dengan bekalan tiga gol sebelum separuh masa pertama berakhir.

Keadaan tidak berubah apabila Muller melengkapkan hatriknya dengan tindakan penyudah dari jarak dekat.

Pada minit-minit akhir ke-84, Jerman dilihat masih agresif memburu gol kelima buat pasukannya namun gagal.
http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-antarabangsa/jerman-menang-bergaya-ke-atas-portugal-1.290653
0 Komentar untuk "Jerman menang bergaya ke atas Portugal"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI