http://www.sinarharian.com.my/cabaran-baru-fizz-fairuz-1.196330
BERIKAN apa sahaja watak kepadanya, pasti hasil lakonan yang ditunjukkan tidak akan menghampakan.
Tidak hairanlah mengapa pelakon Fizz Fairuz telah dilantik sebagai salah seorang tenaga pengajar Seni Persembahan untuk program Akademi Fantasia 2013 (AF2013).
Biarpun pada awalnya dia menolak tawaran tersebut kerana tidak yakin dengan kebolehannya untuk mengajar semua peserta program itu, akhirnya demi kepercayaan yang
diberikan pihak Astro, Fizz bersetuju menggalas tanggungjawab itu.
"Saya mula ditawarkan pihak Astro mengenai tugas ini pada Jun lalu tapi saya tolak sebab memang tidak yakin. Kalau lihat tenaga pengajar musim lalu semuanya hebat dan saya rasa tidak setaraf dengan mereka.
"Lama juga saya fikir untuk terima tawaran ini. Bila pihak Astro memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya, saya terfikir kenapa tidak saya lakukannya.
"Peluang seperti ini bukan selalu ada. Lagi pun saya anggap kepercayaan yang diberikan mereka sebagai satu pengiktirafan yang besar buat diri saya sepanjang berada dalam industri ini," jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai tugasan yang dipertanggungjawabkan kepadanya, Fizz memberitahu tugasannya meliputi persembahan peserta setiap minggu.
"Kali ini saya diberi tugas untuk membantu para peserta membuat persiapan dari segi persembahan mereka.
"Termasuklah mendalami lirik lagu yang akan mereka sampaikan. Sebagai seorang pelakon, ia mungkin biasa buat saya dan segala pengalaman akan saya curahkan kepada mereka," katanya.
Guna cara tersendiri
Melihatkan barisan tenaga lain yang memiliki pengalaman dan nama yang hebat, Fizz akui agak tercabar memandangkan dia masih lagi belajar dalam bidang yang di ceburi.
"Diantara semua tenaga pengajar yang ada saya akui agak kerdil tapi atas sokongan dan dorongan mereka yang terlibat saya cuba buat yang terbaik.
"Setakat ini saya tidak banyak buat persiapan cuma ada beberapa perkara saya bincang dengan tenaga pengajar seperti Faizal Tahir, Melly Goeslaw dan Datuk Siti Nurhaliza untuk program ini," jelasnya.
Tambahnya lagi, dia tidak akan merujuk atau menggunakan cara tenaga pengajar pada musim lepas untuk jalankan tugasnya kerana memiliki cara yang tersendiri.
"Bagi saya untuk berkongsi ilmu tidak perlu ikut cara orang lain sebab kalau boleh saya mahu membuat perubahan untuk AF kali ini.
"Apa yang boleh saya katakan, saya akan cuba buat yang terbaik untuk mereka," katanya.

0 Komentar untuk "Cabaran baru Fizz Fairuz"