MUMBAI - INDIA. Superstar Bollywood, Shah Rukh Khan menafikan khabar angin beliau dan isterinya mengetahui lebih awal jantina bayi yang bakal dimiliki menerusi ibu tumpangan.

DIpetik AFP, ujian penentuan jantina dilarang di India bagi menghentikan amalan pengguguran kandungan bayi perempuan kerana mahukan anak lelaki.

"Selama ini kami berdiam diri kerana isteri saya mengalami gangguan emosi akibat bayi dilahirkan itu tidak cukup bulan. Saya tegaskan tiada ujian jantina dilakukan seperti didakwa," katanya dalam satu kenyataan.

Perkara itu juga disahkan Pegawai Kesihatan Mumbai sekali gus menolak segala khabar angin tersebut.