Rafizi umum Anwar ‘pilihan pengundi’ untuk jadi PM - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Rafizi umum Anwar ‘pilihan pengundi’ untuk jadi PM



KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah perang mulut antara Rafizi Ramli dan pemimpin pembangkang lain mengenai calon perdana menteri, naib presiden PKR itu hari ini mengumumkan hasil kaji selidik yang mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin pilihan pengundi untuk jawatan tersebut.

Kaji selidik oleh badan pengkaji Invoke Malaysia yang dipimpinnya itu dijawab 65.6% daripada sejumlah 17,962 orang, manakala 34.4% memilih tidak menjawab.
Kira-kira satu pertiga (31%) daripada mereka yang disoal mahu mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, manakala 34.6% membuat pelbagai pilihan daripada pemimpin pembangkang.

Kaji selidik yang diumumkan Rafizi itu menyenaraikan 9 pemimpin pembangkang, termasuk dirinya, mewakili PKR, PPBM dan PAS, manakala tidak ada pemimpin dari Amanah mahupun DAP yang merupakan sebahagian Pakatan Harapan.
Anwar mendapat sokongan paling banyak, iaitu 23.5%, diikuti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan undian 17.6%.

Manakala Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pilihan ke-3 popular (16.5%) diikuti Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (12.6%).
Hasil yang diumumkan Rafizi juga menunjukkan dirinya lebih popular mengatasi Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir (8.4%), Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (4.5%), Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (3.5%) dan Nurul Izzah Anwar (2.6%).rafizi1



Kaji selidik itu yang dijalankan selama lebih 3 bulan sejak 6 Februari sehingga 23 Mei.
Rafizi lebih popular daripada Azmin, Wan Azizah

Di kalangan pengundi Melayu, Hadi menerima jumlah undi paling tinggi iaitu 29%, diikuti Dr Mahathir di tempat ke-2 sebanyak 18%. Ia diikuti Muhyiddin (15%), Anwar (14%), Mukhriz (12%).
Di kalangan Melayu, Rafizi disenaraikan lebih popular daripada pemimpin PKR lain, dengan undian 6%, meninggalkan Azmin (4%) dan Wan Azizah (1%).

Di kalangan pengundi Cina pula, Anwar mendahului calon lain, dengan jumlah sokongan sebanyak 35%.

Rafizi turut mengumumkan dirinya kedua popular di kalangan responden Cina (19%), diikuti Dr Mahathir dan Wan Azizah masing-masing sebanyak 12%, Muhyiddin (9%), Nurul Izzah (7%) manakala Mukhriz dan Azmin masing-masing 3%. Hadi pula tidak menerima sokongan responden Cina.

Anwar juga menerima sokongan paling banyak di kalangan pengundi India (68%), diikuti Muhyiddin (15%) dan Rafizi (7%). Dr Mahathir dan Mukhriz masing-masing 4%, Azmin 2% dan manakala Hadi, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak menerima sokongan responden India.
Pengumuman Rafizi hari ini selang 3 hari selepas Kongres PKR membuat gimik sepanduk tertera “Anwar PM ke-7”.

Sepanduk itu diangkat di hadapan pemimpin parti lain termasuk Dr Mahathir dan Muhyiddin yang hadir sebagai tetamu.
Ia mengundang kritikan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkata PKR tidak sensitif, di samping kritikan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mengundang kecaman Rafizi.

Ditanya mengapa pemimpin Amanah dan DAP tidak disenaraikan, Rafizi berkata kajian itu berdasarkan jumlah kerusi yang ditandingi pembangkang dan jumlah majoriti pengundi Melayu.

0 Komentar untuk "Rafizi umum Anwar ‘pilihan pengundi’ untuk jadi PM"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI