Pas dalam posisi tentukan siapa bakal menang PRU14 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pas dalam posisi tentukan siapa bakal menang PRU14


ALOR SETAR: Muktamar Pas ke-63 melabuhkan tirainya pada Isnin dengan satu perkara jelas - ia lebih rela bersendirian daripada bekerjasama dengan parti politik yang tidak berkongsi perjuangannya.

Ini meletakkan Pas dalam satu posisi unik di arena politik negara, terpencil tetapi tidak kurang pentingnya.

Jadi, kenyataan oleh pimpinan Pas bahawa parti tersebut akan menjadi 'kingmaker' atau penentu kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 ada kebenarannya.

Ini kerana bagi setiap kerusi yang Pas akan tandingi, undi orang Melayu Islam bakal berpecah sekurang-kurangnya kepada tiga parti yang berbeza.

Namun, disebabkan Pas berada di blok pembangkang, pemecahan undi ini akan memberi impikasi lebih buruk kepada undian yang ingin diraih PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan juga Parti Amanah Negara.

Senario ini sudah dilihat dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar di mana Barisan Nasional bukan sahaja menang kerusi-kerusi tersebut tetapi meningkatkan majoriti undinya.

Sudah tentu, Pas mempunyai keyakinan berdasarkan kajian tersendiri yang enggan dikongsi dengan masyarakat umum.

Ini dijelaskan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Zuhdi Marzuki yang menyatakan Pas tidak berkongsi analisanya dengan pihak lain.

"Kami telah mencuba bermacam-macam senario. Hampir 100 senario. Sasaran yang diletakkan iaitu 40 kerusi Parlimen dan peluang untuk menjadi kerajaan di 4 atau 5 negeri bukan cakap kosong," kata beliau.

Ini menunjukkan fokus Pas hanyalah kepada partinya sendiri dan pemerkasaan Gagasan Sejahtera, kerjasama politik yang diterajuinya.

Sejauh mana fokus Pas ini bakal membantu parti tersebut mencapai sasarannya tertakhluk kepada bagaimana Pakatan Harapan respon kepada halatuju Pas ini.

Sekiranya masing-masing enggan berkompromi bagi merealisasikan hasrat satu lawan satu dengan Barisan Nasional, kita bakal melihat pertembungan tiga penjuru di majoriti daripada 222 kerusi Parlimen serta kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri di serata negara.

Siapa yang bakal menang berdasarkan senario ini?

Melihat kepada analisa pemerhati politik, kelebihan berpihak kepada Barisan Nasional.

0 Komentar untuk "Pas dalam posisi tentukan siapa bakal menang PRU14"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI