ALOR SETAR: Datuk Iskandar Samad berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden PAS apabila mengisi satu daripada tiga slot jawatan ketiga tertinggi dalam Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi sesi 2017-2019.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan tersingkir daripada persaingan itu selepas mendapat undi terendah sebanyak 487 dalam pemilihan tersebut.
Selain Iskandar, Idris Ahmad juga mengekalkan kerusi tersebut selepas meraih undi paling tinggi dengan undian 1062 disusuli Datuk Mohd Amar Abdullah dengan jumlah 950 undi.
Kemenangan Iskandar sekali gus mengakhiri spekulasi bahawa beliau akan disingkirkan daripada jawatan tersebut susulan hubungan baiknya dengan PKR yang bakal di'cerai'kan oleh PAS ekoran kajian semula tahaluf siyasi politik kedua-dua parti itu.
Keputusan mengejutkan itu bagaimanapun membangkitkan persoalan sama ada harapan untuk PAS dan PKR berbaik semula menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 masih wujud susulan kejayaan Iskandar yang masih kekal sebagai Naib Presiden PAS.
Ini kerana kedudukan ADUN Cempaka itu yang meraih 703 undi, sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, negeri yang diperintah oleh PKR.
Malah beliau juga dianggap bertuah kerana berada dalam pucuk pimpinan PAS walaupun dilihat cuba menongkah arus, berbanding ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dipinggirkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-63.
Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, memperoleh undian paling tinggi bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) dengan meraih 1,005 undian.
Kemenangan Nik Abduh juga memberi gambaran bahawa legasi pimpinan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat masih kekal dalam parti Islam itu.
Malah kemenangan itu juga menaikkan semula reputasi Nik Abduh susulan kekalahan teruk sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa pada Mac lalu.
Berikut adalah keputusan penuh Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat 2017-2019:
PENGERUSI TETAP
: Hussin Ismail (Menang tanpa bertanding)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
: Kamal Shaari (Menang tanpa bertanding)
PRESIDEN
: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Menang tanpa bertanding)
TIMBALAN PRESIDEN
: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Menang tanpa bertanding)
NAIB PRESIDEN:
1) Idris Ahmad (1062
undi)
2) Datuk Mohd Amar Abdullah (950
3 undi)
3) Datuk Ir Iskandar Abdul Samad (703 undi)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
1) Najib Bin Mat (Menang tanpa bertanding)
2) Mat Syukor Abd. Aziz (Menang tanpa bertanding)
AHLI JAWATANKUASA KERJA:
1) Dr Riduan Mohd Noor (970 undi)
2) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (932 undi)
3) Datuk Mohd Nassuruddin Daud (970 undi)
4) Mohd Zuhdi Marzuki (878 undi)
5) Sallehen Mukhyi (848 undi)
6) Razman Zakaria (730 undi)
7) Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (1005 undi)
8) Dr. Rosni Adam (752 undi)
9) Datuk Dr. Mohd Fadzli Hassan (1001 undi)
10) Dr. Najihatussolehah Ahmad (887 undi)
11) Mokhtar Senik (724 undi)
12) Abdullah Hussin (666 undi)
13) Ir Muhtar Suhaili (618 undi)
14) Dr Halimah Ali (872 undi)
15) Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi (797 undi)
16) Kamaruzzaman Mohamad (715 undi)
17) Misbahul Munir Masduki (639 undi)
18) Dr Azman Ibrahim (730 undi)
: Hussin Ismail (Menang tanpa bertanding)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
: Kamal Shaari (Menang tanpa bertanding)
PRESIDEN
: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Menang tanpa bertanding)
TIMBALAN PRESIDEN
: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Menang tanpa bertanding)
NAIB PRESIDEN:
1) Idris Ahmad (1062
undi)
2) Datuk Mohd Amar Abdullah (950
3 undi)
3) Datuk Ir Iskandar Abdul Samad (703 undi)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
1) Najib Bin Mat (Menang tanpa bertanding)
2) Mat Syukor Abd. Aziz (Menang tanpa bertanding)
AHLI JAWATANKUASA KERJA:
1) Dr Riduan Mohd Noor (970 undi)
2) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (932 undi)
3) Datuk Mohd Nassuruddin Daud (970 undi)
4) Mohd Zuhdi Marzuki (878 undi)
5) Sallehen Mukhyi (848 undi)
6) Razman Zakaria (730 undi)
7) Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (1005 undi)
8) Dr. Rosni Adam (752 undi)
9) Datuk Dr. Mohd Fadzli Hassan (1001 undi)
10) Dr. Najihatussolehah Ahmad (887 undi)
11) Mokhtar Senik (724 undi)
12) Abdullah Hussin (666 undi)
13) Ir Muhtar Suhaili (618 undi)
14) Dr Halimah Ali (872 undi)
15) Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi (797 undi)
16) Kamaruzzaman Mohamad (715 undi)
17) Misbahul Munir Masduki (639 undi)
18) Dr Azman Ibrahim (730 undi)
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/05/01/iskandar-pertahan-jawatan/#SVFx0arRQdZEC5VW.99
0 Komentar untuk "Keputusan Penuh Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi sesi 2017-2019"