DAP bela Mahathir, kata ramai pernah ragui Anwar juga - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

DAP bela Mahathir, kata ramai pernah ragui Anwar juga



Walaupun ada yang mempertikai kerjasama dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad kerana salah laku yang didakwa berlaku semasa pentadbirannya, Anggota Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata ia tidak sepatutnya menjadi isu.

Meletakkan persamaan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kulasegaran berkata ramai yang mempertikai kerjasama dengan bekas timbalan perdana menteri itu selepas beliau dipecat daripada jawatannya pada 1998.

"Kita boleh mencari pelbagai alasan untuk mewajarkan supaya tidak bekerja dengan Mahathir jika kita mahu. Sama seperti kita dapat cari banyak sebab pada tahun 1998 jika kita tidak mahu bekerjasama dengan Anwar.

"Tetapi masa telah membuktikan bahawa bekerja dengan Anwar membawa perubahan politik yang penting dan memberikan harapan untuk Malaysia yang lebih baik.

"Jadi, jika agenda politik kita hari ini adalah untuk menyelamatkan Malaysia, kita perlu memenangi sokongan orang Melayu yang menjadi penyokong tradisional Umno dan BN. Dan Mahathir adalah orang penting yang boleh membantu mewujudkan tsunami Melayu yang diperlukan untuk perubahan politik.

"Oleh itu, penyokong pembangkang perlu membantu menyebarkan mesej yang betul dan memastikan bahawa semua kaum termasuk rakyat Sabah dan Sarawak akan datang bersama-sama pada pilihan raya umum akan datang dan menyelamatkan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

0 Komentar untuk "DAP bela Mahathir, kata ramai pernah ragui Anwar juga"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI