Speaker Tolak Usul Undi Tidak Percaya MB Terengganu - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Speaker Tolak Usul Undi Tidak Percaya MB Terengganu

PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Menurut Mohd Zuber, usul yang dikemukakan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said itu ditolak kerana tidak memenuhi syarat.

"Mengikut peraturan mesyuarat, notis ini perlu dikemukakan dalam tempoh sekurang-kurangnya 14 hari.

"Keputusan ini muktamad. Namun usul ini tidak mati begitu sahaja, pihak Yang Berhormat boleh menulis surat rayuan kepada Speaker untuk dipertimbangkan," katanya pada persidangan DUN Terengganu pada Selasa.

Mohd Zuber kemudiannya menangguhkan persidangan kira-kira pukul 3.15 petang.

DUN Terengganu akan bersidang semula pada Rabu.

0 Komentar untuk "Speaker Tolak Usul Undi Tidak Percaya MB Terengganu"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI