PETALING JAYA: Usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman oleh rakan sekutunya dalam Umno pada Selasa menunjukkan keseimbangan kuasa yang tidak menentu di negeri itu.
Dengan Datuk Seri Ahmad Said, bekas menteri besar, mengemukakan usul tersebut menyebabkan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berpecah kepada dua dengan 16 (tidak termasuk Ahmad Said) untuk Barisan Nasional dan 15 lagi untuk pembangkang (14 PAS dan satu PKR).
Speaker DUN, Datuk Mohd Zubir Embong akhirnya menolak usul tersebut apabila persidangan disambung semula selepas waktu rehat tengah hari.
Kerajaan negeri yang diterajui Umno itu berdepan dilema yang sama pada 2014 apabila Ahmad Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, disingkirkan daripada jawatan sebagai menteri besar dan digantikan dengan Ahmad Razif.
Ahmad Said membuat keputusan keluar Umno selepas beberapa jam digantikan dan Adun Ajil, Ghazali Taib serta Adun Bukit Besi, Roslee Daud turut bersama beliau.
Ketiga-tiga mereka kemudiannya menyertai semula Umno.
Oleh itu, undi usul tidak percaya hanya akan mengubah keseimbangan kuasa di negeri itu.

0 Komentar untuk "Keseimbangan Kuasa Di Terengganu Tidak Menentu"