Guan Eng Jawab Dakwaan Rasuah Beli Rumah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Guan Eng Jawab Dakwaan Rasuah Beli Rumah

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bahawa beliau telah membeli sebuah rumah yang disewanya sebelum ini di Pulau Pinang dengan harga yang luar biasa rendah.

Beliau mempertahankan dirinya di Twitter dengan mengatakan bahawa rumah itu dibeli melalui sub-jualan dan bukan dari pemaju.

"Lebih banyak pembohongan Umno cuba untuk menyamakan saya dengan BN. Beli rumah berusia 40 tahun itu melalui sub-jualan bukan melalui pemaju, akan jawab esok," tulis Lim di Twitter pada Khamis.

Pada Rabu, Ahli Parlimen Tasek Glugor, Datuk Shabudin Yahaya mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat apabila mendakwa Lim terlibat rasuah.

Menurut Shabudin, rumah yang pernah disewa oleh Guan Eng di Georgetown itu berharga RM2.5 juta pada 2008.

Namun katanya, rumah terbabit yang sudah diubahsuai dengan kos ratusan ribu ringgit dijual dengan harga RM2.8 juta kepada Guan Eng, tahun lalu.

0 Komentar untuk "Guan Eng Jawab Dakwaan Rasuah Beli Rumah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI