Ahli Parlimen BN Mahu Guan Eng Disiasat Berkaitan Jual Tanah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ahli Parlimen BN Mahu Guan Eng Disiasat Berkaitan Jual Tanah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional mahu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng disiasat berikutan penjualan sebidang tanah yang sepatutnya dibangunkan projek perumahan kos rendah di negeri itu.

Datuk Shabudin Yahaya (BN - Tasek Gelugor) mendedahkan bahawa Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan, kemungkinan 'terlibat secara atau tidak langsung' dalam penjualan tanah untuk rumah kos rendah yang akan disewakan kepada golongan miskin dengan bayaran sewa RM100 sebulan.

"Saya kecewa apabila mendapat tahu perkara ini daripada sumber-sumber tertentu. Tanah itu sudah dijual oleh tender dan kini sebuah hospital swasta dan hotel akan dibina di situ," kata Shabudin.

Shabudin mendakwa bahawa penjualan tanah itu ada kaitan dengan pembelian harta tanah oleh Lim pada 15 Oktober lalu di Georgetown.

"Lim telah menyewa sebuah rumah milik Phang Li Koon, dengan sewa RM5,000 sebulan selama tujuh tahun sebelum membelinya tahun lepas.

"Ketika tempoh menyewa, rumah tersebut bernilai RM2.5 juta, tetapi dijual dengan harga RM2.8 juga dengan alasan kos pengubahsuaian dan lain-lain. Bagaimana ia boleh berlaku?" jelasnya.

"Adakah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan tahu mengenainya? Dan adakah perbincangan bersama kerajaan negeri dijalankan sebelum memperuntukkan tanah baharu sebagai ganti kepada orang yang telah menjualnya?

"Saya berharap pihak menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terperinci terhadap perkara itu," katanya.

0 Komentar untuk "Ahli Parlimen BN Mahu Guan Eng Disiasat Berkaitan Jual Tanah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI