Pemimpin DAP sendiri tidak senang Melayu jadi ahli - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pemimpin DAP sendiri tidak senang Melayu jadi ahli

PETALING JAYA - DAP berada dalam dilema apabila segelintir pemimpin dan ahlinya sendiri tidak senang dengan hasrat parti itu untuk menerima keahlian daripada orang Melayu dan Bumiputera.

Pengarah Strateginya, Dr Ong Kian Ming berkata reaksi negatif terhadap cadangan itu tidak membantu untuk mengikis imej cauvanis yang didakwa sudah sebati dengan DAP.

"Ada ramai pemimpin DAP yang mahu DAP menambahkan keahlian daripada kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

"Tetapi dalam masa sama, ada juga ahli dan pemimpin DAP sendiri tidak begitu senang dengan cadangan DAP hendak mencapai 50 peratus ahlinya daripada orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak," katanya pada Forum bertajuk 'Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14' di sini,  malam semalam.

Mengulas lanjut, Kian Ming juga berkata jika dilema itu dapat diatasi, DAP dapat mengurangkan persepsi negatif dan memenangi undi Melayu pada PRU14 akan datang.

Dalam pada itu, Kian Ming selaku Ahli Parlimen Serdang berkata lagi, jika hasrat DAP itu berjaya menarik lebih ramai ahli Melayu ke dalam parti itu, ia juga tidak disenangi pihak lain.

"Ketika mesyuarat perjanjian Pakatan Harapan baru-baru ini, Amanah Johor mencadangkan supaya DAP tidak meletakkan calon Melayu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor.

"Saya rasa ini adalah sesuatu yang mesti ditangani sebagai satu cabaran jika DAP dan parti pembangkang bersama Pakatan Harapan mahu memenangi lebih undi Melayu," katanya lagi.

0 Komentar untuk "Pemimpin DAP sendiri tidak senang Melayu jadi ahli"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI