Menteri Tegur Selfie Menyusu Anak - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Menteri Tegur Selfie Menyusu Anak

CYBERJAYA: Golongan ibu dinasihatkan supaya tidak menyiarkan gambar mereka menyusukan anak di media sosial, kata Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata perbuatan itu bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini dan boleh dianggap tidak sesuai.

"Kita mesti sentiasa memelihara kesopanan, kebijaksanaan, nilai-nilai moral dan menghormati sensitiviti budaya," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai budaya selfie ketika menyusukan anak yang menjadi viral di media sosial sejak kebelakangan ini.

Rohani berkata, kementerian telah menyediakan bilik penyusuan terutamanya di tempat kerja bagi memudahkan golongan ibu menyusu anak-anak mereka.

"Mungkin ia (selfie) adalah untuk simpanna peribadi mereka sendiri tapi pihak lain berkongsi gambar berkenaan hingga menjadi viral. Marilah kita melindungi nilai-nilai murni dalam masyarakat," kata Rohani.

0 Komentar untuk "Menteri Tegur Selfie Menyusu Anak"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI