Pakatan Harapan Rancang Wujud 'Malaysia Berbeza' Dengan Dasar Radikal - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pakatan Harapan Rancang Wujud 'Malaysia Berbeza' Dengan Dasar Radikal

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia akan didedahkan dengan dasar bersama Pakatan Harapan yang dikatakan lebih berani, radikal dan jelas dalam usaha mereka untuk mewujudkan 'Malaysia yang berbeza'.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata kebajikan dan sosioekonomi pengundi Melayu akan menjadi sebahagian besar yang membentuk dasar-dasar bersama itu selain peluang pekerjaan dan pendidikan.

"Objektif kita selepas tiga perkara ini dikupas dengan mendalam, berani dan radikal serta ditambah dengan dasar bersama kita ia akan memberi wawasan yang jelas kepada rakyat Malaysia jika mereka pilih Pakatan Harapan bermakna mereka mahukan Malaysia yang berbeza.

"Kita letakkan sasaran supaya kita dapat lahirkan satu wawasan melalui dasar bersama ini yang menberi gambaran radikal tentang Malaysia yang berbeza yang boleh dicapai melalui Pakatan Harapan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang keempat di Ibu Pejabat DAP di sini, Isnin.

Hadir sama Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Mohd Anuar Tahir.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata dasar itu akan diumumkan secara berperingkat sebelum ia dilancarkan pada Konvensyen Pakatan Harapan yang akan diadakan 16 Julai ini.

Katanya pengenalan secara berperingkat dibuat dengan harapan agar beberapa dasar terutama isu-isu penting negara dapat 'dihadam' oleh rakyat dan pihak berkepentingan.

"Kita tak mahu buat dasar semata-mata masuk dalam buku atau dokumen sahaja tapi kita mahu ia dihayati oleh rakyat.

"Ia perlu dikupas secara mendalam dan kita terima maklum balas rakyat contohnya isu atau dasar besar seperti dasar pendidikan kalau ia dilancarkan dalam sehari sebagai satu bab dalam buku itu tak bawa perubahan kepada rakyat," katanya.

Sementara itu Saifuddin berkata dasar-dasar bersama itu dilihat sebagai sesuatu ya g memperkukuh dasar-dasar bersama yang dahulu.

"Ia ditambahbaik mengikut cabaran dan perkembangan semasa tetapi perlu lebih radikal dan menekankan isu-isu penting melibatkan rakyat," katanya.

Dalam.pada itu Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yang turut hadir berkata radikal yang dimaksudkan adalah sesuatu yang positif yang menunjukkan perubahan imej Pakatan Harapan untuk membentuk Malaysia yang lebih maju.

"Bila sebut radikal ia bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan.

"Ia masih ikut Perlembagaan cuma ia radikal dari segi cara dilakukan yang berbeza dengan apa yang pernah dilakukan sekarang di mana terdapat unsur kronisme, rasuah dan sebagainya," katanya.


0 Komentar untuk "Pakatan Harapan Rancang Wujud 'Malaysia Berbeza' Dengan Dasar Radikal"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI