DATUK Seri Hasmiza Othman atau Dr Vida menganggap jati diri pemain Kelantan tidak berubah meskipun pasukan itu bakal tampil dengan kelainan, apabila menggunakan jersi baharu berwarna merah jambu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu, turut mempertahankan tindakannya menukar warna tradisi bukanlah bertujuan untuk merosakkan identiti pasukan yang sinonim dengan gelaran Pahlawan Merah itu.
“Warna hanya terletak pada jersi sahaja dan percayalah, jati diri pasukan Kelantan tidak akan berubah. Yang berubah adalah warnanya, yang (perkara) lain kekal seperti sedia kala.
“Pemain yang berada di padang tetap akan berjuang atas nama Kelantan dan semua orang tahu pemain sentiasa bermain kerana semangat dan maruah negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Pengasas Vida Beauty itu memberitahu, tidak ada salahnya pasukan Kelantan memakai jersi berwarna merah jambu kerana kelab terbaik dunia seperti Real Madrid juga menggunakan warna yang sama.
Menurutnya, beliau percaya skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors akan tampil menjadi pasukan yang disegani untuk mencabar kejuaraan pada musim memandangkan warna merah jambu memiliki aura tersendiri.
“Orang mungkin cakap warna merah jambu ini lembut, tetapi kita kena ingat dalam lembut itu ada kekuatan tersembunyi. Itu yang saya cuba transformasikan untuk pasukan Kelantan pada musim ini,” katanya.

0 Komentar untuk "Dr Vida tetap dengan pendirian"