Peserta Taklimat 1MDB Mahu Arul Kanda Fahamkan 'Puak' Tun M - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Peserta Taklimat 1MDB Mahu Arul Kanda Fahamkan 'Puak' Tun M

KUALA LUMPUR: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy digesa memberi penerangan secara langsung kepada beberapa pemimpin yang didakwa tidak faham tentang situasi sebenar syarikat itu pada masa kini.

Gesaan itu dibuat oleh beberapa peserta yang hadir ke Majlis Penerangan Perdana 1MDB, TPPA dan Bajet 2016 yang diadakan secara terbuka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

"Kenapa jemput kami orang-orang yang sudah setuju dengan 1MDB?

"Jemputlah 'puak-puak' seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tony Pua dan Lim Kit Siang yang tak faham atau buat-buat tak faham (1MDB)," kata seorang peserta yang naik ke pentas semasa sesi soal jawab bersama Arul Kanda.

Menjawab soalan itu, Arul Kanda berkata beliau telah bersedia untuk bertemu dan menjelaskan persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh golongan yang 'tidak sehaluan dengan kerajaan' termasuklah Pua dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Mengenai beberapa pemimpin yang terus lantang mengkritik 1MDB kerana didakwa tidak faham isu dan sepatutnya dijemput hadir ke majlis itu, beliau berkata sememangnya majlis ini terbuka kepada semua pihak.

"Setahu saya Datuk Ahmad Maslan sudah buka jemputan untuk semua pihak.

"Jadi majlis ini memang betul telus, tak ada apa nak disembunyi,"katanya.

0 Komentar untuk "Peserta Taklimat 1MDB Mahu Arul Kanda Fahamkan 'Puak' Tun M"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI