Kena 'Terbuka' Kalau Nak Tahu Tentang 1MDB - Arul Kanda - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kena 'Terbuka' Kalau Nak Tahu Tentang 1MDB - Arul Kanda

KUALA LUMPUR: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata perlu ada keterbukaan untuk memahami isu-isu yang dibangkitkan berkaitan syarikat itu.

Katanya, 1MDB telah bersikap terbuka dalam berdepan kritikan banyak pihak dan bertindak menjawabnya berdasarkan fakta.

Katanya, 1MDB juga telah menunjukkan keterbukaannya dengan menjadi 'open book' (buku terbuka) apabila sedia disiasat oleh pelbagai agensi.

"Kami gunakan fakta untuk jawab soalan-soalan, bukan guna emosi, bukan guna kaedah politik.

"Kami telah menjadi sebuah 'open book', yang mana menjadi sejarah 1MDB menjadi syarikat di Malaysia yang disiasat oleh paling banyak agensi dan kami terbuka beri penjelasan dan disiasat...tapi, kalau nak baca buku terbuka ini, kenalah baca dengan fikiran yang terbuka," katanya pada Majlis Penerangan Perdana 1MDB, TPPA dan Bajet 2016 di sini, Sabtu.

Beliau berkata dalam menjawab persoalan dan kritikan, 1MDB tidak menyembunyikan sebarang fakta.

Malah katanya, syarikat itu telah mengambil inisiatif dengan menerbitkan buku berjudul 1MDB: 'Siapa Kata Tak Dijawab' bagi membolehkan banyak pihak faham mengenai situasi sebenar syarikat itu.

"Soal jawab kami bukan hanya dengan media tempatan tapi juga dengan media antarabangsa.

"Setakat ini pada tahun 2015 kami telah mengeluarkan lebih 90 siaran media mengenai 1MDB," katanya.

Arul Kanda berkata walaupun penjelasan demi penjelasan diberikan, persepsi buruk terhadap 1MDB masih timbul disebabkan jawapan berdasarkan fakta yang diberikan adalah membosankan.

"Saya bukan ahli politik, saya gunakan fakta...masalahnya fakta itu 'boring'...fakta juga telah tunjukkan pinjaman RM42bilion itu tidak hilang," katanya

0 Komentar untuk "Kena 'Terbuka' Kalau Nak Tahu Tentang 1MDB - Arul Kanda"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI