Tindakan tidak teratur pembangkang dalam mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak menyebabkan ahli Parlimen veteran Umno menasihatkan mereka agar melupakannya dan sebaliknya menyingkirkan perdana menteri melalui Bajet 2016.
Mengemukakan usul undi tidak percaya tidak akan berjaya kerana ia akan ditenggelamkan urusan kerajaan yang diberikan keutamaan dalam agenda Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Samad.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata, blok pembangkang sendiri mengetahui usaha mereka membawa usul berkenaan sia-sia dan menambah mereka mungkin tidak faham peraturan Dewan Rakyat.
"Ada cara nak bawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri, tambah-tambah lagi perdana menteri turut menjawat jawatan menteri kewangan. Gunakannya sewaktu pembentangan bajet," katanya dalam wawancara bersama The Malaysian Insider di Parlimen semalam.
"Saya nampak usul ini hanya cakap politik, nak keluarkan dalam surat khabar. Nak kelirukan rakyat. Ini bukan mesyuarat jawatankuasa NGO, ini Parlimen negara, ada peraturan, ada konvensyen," kata Shahrir.
Veteran Umno itu berkata, sekiranya Bajet 2016 gagal diluluskan di Dewan Rakyat, secara automatik perdana menteri akan melepaskan jawatannya.
Shahrir berkata tanpa kelulusan, bajet yang dibentangkan tidak dapat diluluskan dan kerajaan ketika itu ditafsirkan tidak dapat bergerak kerana tiada sumber kewangan.
"Kalau bajet tidak lulus, kerajaan tiada, kewangan tiada, macam mana kerajaan nak ditadbir membayar gaji dan peruntukan kalau bajet tidak lulus?
"Ini bukan saya cadang. Itu konvensyen dalam Parlimen. Kalau bajet tidak lulus itulah tanda tidak ada sokongan kepada parti pemerintah," katanya.
Beliau berkata, meskipun pembangkang berjaya memastikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa usul itu ke Dewan Rakyat, ia hanya akan berada di kedudukan terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Kalau katakan nak betul masuk pada nama ketua pembangkang, ia tidak boleh menggantikan usul sebelum ini,” katanya merujuk kepada usul awal yang dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian daripada PKR.
"Siapa yang main guli-guli? Semua dah kena main guli-guli. Lim Guan Eng main guli dengan ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Dr Wan Azizah pun tak faham," katanya.
Usul yang dicadangkan Hee secara persendirian itu sudah pun diterima Dewan Rakyat dan berada di kedudukan ke-25 daripada keseluruhan 28 usul yang ingin dibahaskan, tetapi Dr Wan Azizah berkata semalam ia akan ditarik balik dan usul baharu akan dikemukakannya atas kapasiti sebagai ketua pembangkang.
Ini berlaku selepas Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata presiden PKR itu seharusnya mengemukakan usul berbanding Hee.
Lim berkata, usul undi tidak percaya merupakan isu nasional yang penting dan perlu dibentangkan ketua pembangkang dan bukannya ahli Parlimen biasa.
"Kalau masuk sekarang (usul itu) akan duduk di kedudukan ke-29, kalau Petaling Jaya Selatan tarik usulnya sekalipun, (usul Dr Wan Azizah) akan berada di kedudukan ke- 28. Saya ingat pasal mungkin masing-masing tidak faham," kata Shahrir.
"Tindakan pembangkang ini memberikan gambaran seolah-olah mereka tidak faham.
"Kita berdepan satu kumpulan pembangkang pusing-memusing, putar-memutar peraturan ikut keperluan masing-masing, akan memutarkan keadaan," katanya.
Katanya, pembangkang juga menyedari hal itu, namun atas sebab politik, mereka sengaja membangkitkan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri demi mendapatkan perhatian rakyat.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia turut berkata semalam usaha Dr Wan Azizah mengemukakan usul sekarang, ketika sidang sudah berjalan, sudah terlalu lambat untuk didengari dalam sesi Parlimen kali ini.
Najib pada ketika ini diserang hebat kerana syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma dalam akaun peribadinya sebanyak RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah yang tidak diketahui. Sejumlah besar dana dipindahkan kepadanya menjelang pilihan raya umum pada Mac 2013. – 21 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lupakan-undi-tidak-percaya-guna-bajet-singkir-pm-kata-pengerusi-bnbbc#sthash.TVsvMjdB.dpuf

0 Komentar untuk "Lupakan undi tidak percaya, guna bajet singkir PM, kata pengerusi BNBBC "