Penganjur Bersih kena bayar RM65,000 kepada DBKL - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Penganjur Bersih kena bayar RM65,000 kepada DBKL

SERDANG : Penganjur perhimpunan Bersih 4.0 perlu membayar RM65,000 bagi menanggung membaiki kerosakan dan kos kerja-kerja pembersihan sepanjang dua hari perhimpunan itu diadakan di ibu negara.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, bil tersebut akan dihantar secepat mungkin kepada Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

“Saya minta Maria jangan belanja dulu RM1 juta lebih (dana diperoleh Bersih 4.0). Tolong jangan belanja habis.Saya fikir nak hantar satu bil kepada Bersih.

“Jumlah kos tambahan untuk membersihkan kawasan yang digunakan untuk membersihkan kawasan yang digunakan Bersih. Kosnya lebih kurang RM65,000 untuk Kuala Lumpur sahaja,” katanya kepada pada sidang media selepas Majlis Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal pada Selasa.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Belud berkata, bil tersebut akan dihantar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Maria.

“Saya serahkan kepada DBKL untuk berikan bil kepada mereka untuk kencing merata-rata tempat, pokok-pokok bunga, belakang bangunan, bawah tangga, dalam parit, semua ini akan kita bilkan kepada Bersih,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan Bersih 4.0.

“Kemunculannya adalah amat mendukacitakan. Saya tak akan bercakap bagi pihak orang lain tapi saya dapat bagi tahu anda, saya mendapat lebih 50 whatsapp group dalam handphone saya.

“Mereka yang sebelum ini bersimpati terhadap Mahathir telah beralih,” katanya.

Katanya, tindakan Dr Mahathir itu dilihat seperti orang yang sedang marah dan tidak boleh berfikir secara rasional.

“Mungkin kita perlukan masa, mungkin jika Mahathir sanggup untuk berjumpa pihak ketiga, perlahankan dan kita tengok kita dapat persetujuan secara damai,” katanya. – FMT / Foto TMI

0 Komentar untuk "Penganjur Bersih kena bayar RM65,000 kepada DBKL"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI