Najib sia-siakan peluang bersih nama - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Najib sia-siakan peluang bersih nama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan mensia-siakan peluang keemasan yang ada untuk membersihkan namanya kepada dunia apabila beliau tidak hadir pada Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung sejak semalam hingga esok di Putrajaya.

Pengasas bersama Transparency International (TI), Michael Hershman yang juga bekas penasihat antarabangsa kerajaan berkata, beliau kecewa dengan kegagalan Najib untuk hadir ke IACC.

"Saya kecewa beliau tiada di sini (IACC) kerana beliau sepatutnya gunakan (IACC) sebagai platform untuk menjelaskan apa yang berlaku, untuk beritahu kebenaran.

"Beliau mensia-siakan peluang ini," katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata, Najib dinasihatkan untuk tidak muncul pada persidangan itu atas faktor keselamatan pemimpin nombor satu negara itu.

Najib dijadualkan untuk menyampaikan ucapan perasmian pada majlis pembukaan semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) namun tempatnya digantikan dengan Paul Low.

Menurutnya lagi, Najib gagal menjawab soalan mudah yang mampu menjimatkan wang pihak berkuasa untuk menyiasat.

"Tidak. Jawapannya itu tidak cukup. Ia tidak menjawab soalan. Jika ia datang dari Timur Tengah, daripada siapa? Bila ia berlaku dan untuk tujuan apa?

"Ini soalan yang sangat mudah. Akaun itu dikawal olehnya, mestilah dia kena tahu dari mana wang itu. Tiada keperluan untuk bazirkan duit dalam siasatan. Beritahu sahaja kebenaran," katanya.

Tegasnya, kegagalan Najib memberitahu kebenaran hanya akan memberi impak negatif kepadanya.

0 Komentar untuk "Najib sia-siakan peluang bersih nama"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI