SPRM Sahkan Dana RM2.6 Bilion Bukan Wang 1MDB - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

SPRM Sahkan Dana RM2.6 Bilion Bukan Wang 1MDB

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pada Isnin, hasil siasatan Pasukan Petugas Khas mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukannya dari dana 1MDB, sebaliknya ia adalah sumbangan penderma.

Kata kenyataan itu lagi, laporan hasil siasatan berhubung isu dana RM2.6 bilion itu telah pun dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara.

SPRM menjelaskan, bahawa semasa Pasukan Petugas Khas dibentuk untuk menyiasat kes ini, mereka (SPRM) dipertanggungjawabkan ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1MDB dan Bank Negara Malaysia (BNM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

0 Komentar untuk "SPRM Sahkan Dana RM2.6 Bilion Bukan Wang 1MDB"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI