DAP Tentang Pemisahan Sabah, Sarawak Daripada Malaysia - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

DAP Tentang Pemisahan Sabah, Sarawak Daripada Malaysia

PETALING JAYA: DAP menentang sekeras-kerasnya seruan agar Sabah dan Sarawak berpisah daripada Malaysia, kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, beliau berpendapat kerajaan persekutuan perlu menjaga kepentingan kedua-dua negeri itu dengan menyediakan lebih banyak sumber.

"Kami dalam DAP menentang sekeras-kerasnya pemisahan. Sabah dan Sarawak adalah sebahagian penting daripada Malaysia. Tanpa Sabah dan Sarawak, tiadalah Malaysia.

"Walaupun kami menentang pemisahan, kami berpendapat kerajaan persekutuan perlu mengembalikan lebih banyak sumber kepada kedua-dua negeri itu," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di Subang Jaya di sini, Ahad.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata demikian apabila ditanya tentang pendirian DAP berhubung seruan pihak tertentu agar Sabah dan Sarawak berpisah daripada Malaysia.

0 Komentar untuk "DAP Tentang Pemisahan Sabah, Sarawak Daripada Malaysia"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI