Sekadar cadangan utk PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Sekadar cadangan utk PAS

Saya bukanlah aktivis Pas tapi saya telah menyokong Pas sejak usia saya 17 tahun dan sekarang ni usia saya telah melebihi setengah abad.kerjaya saya adalah seorang professional.Sejak kebelakangan ini saya melihat banyak usaha untuk meminggirkan Pas sebagai satu badan politik yang berwibawa dalam arus politik negara.saya ingin memberi beberapa pandangan supaya Pas sebagai satu parti politik untuk semua kaum di negara ini memandangkan Pas telah memutuskan segala hubungan dengan Dap.Saya tetap yakin Pas boleh berdiri sendiri dengan pertolongan Allah.Antara cadangan saya adalah seperti berikut:

1.melantik beberapa ahli penyokong Pas dari kaum cina dan india dan lain2 yang ikhlas menyokong Pas menganggotai jawatan kuasa dan tonjolkan mereka diatas pentas ceramah dan berdiri sebaris dengan AJK yang dilantik dalam muktamar.Layani mereka dengan keikhlasan supaya mereka merasa dihargai.Secara tak langsung akan kelihatan kepada masyarakat umum Pas ini parti untuk semua.

2.Melatih ahli2 Pas yang berminat utk belajar bahasa cina,tamil,iban,murut,kadazan dan lain2 dan dilatih menjadi pengdakwah.dakwah lagi mudah dijalankan jika kita menggunakan bahasa yang mereka gunakan sehari2 krn mereka merasa dihargai bila kita menggunakan bahasa pertuturan mereka.

3.Pas kena ada suatu perkara yang boleh menambat hati orang melayu keseluruhannya dengan mwempelopori industri makanan halal kerana orang melayu amat menitik beratkan makanan halal walaupun mereka bergelumang dengan dosa maksiat,rasuah dan lain2.industri halal ini perlu dijalankan disetiap negeri dan Pas pusat hendaklah memilih diantara ahlinya yang berminat berniaga ,berikan dia latihan atau menghantar ke kursus membuat makanan halal contohnya mee,kue teow,sos dan lain2.

Contohilah dewan perniagaan cina yang membantu setiap ahlinya dalam berrniaga.Bimbinglah peniaga ini dari segi modal dan strategi pemasaran supaya dia dapat maju.Denganjaringan rangkaian yang Pas miliki insyaAllah usaha ini akan berjaya.Dengan ini Pas akan sinonim dengan makanan halal utuk semua umat islam dinegara ini.

4.cukuplah setakat ini dulu.Cadangan lain terlalu banyak dalam fikiran saya.jangan lah diserahkan semuanya kepada Presiden untuk menjalankan perkara2 kecil sebegini kerana presiden dah terlalu banyak perkara yang melibatkan dasar parti.Semoga AJK yang dipilih dalam Muktamar baru2 ini dapat membantu presiden dalam merealisasikan impian Pas untu menegakkan Islam dinegara yang kita cintai ini.

http://www.ismaweb.net/wp-content/uploads/2015/06/tahniah-haji-hadi-dan-kepimpinan-baharu-pas.jpg
0 Komentar untuk "Sekadar cadangan utk PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI