BANGI: PAS tetap meneruskan usaha untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Kelantan meskipun berdepan tentangan keras rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, kata Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.
Ketika mengulangi pendirian PAS itu, beliau berkata tidak ada tolak ansur dalam perjuanganmya untuk melaksanakan undang-undang Islam.
"Apa pun kita akan teruskan dan kalau ada orang tak setuju memanglah dalam dunia bukan semua orang bersetuju hatta Nabi yang menjadi pemimpin, Nabi dan Rasul bukan semua orang setuju.
"Sebab itu saya katakan selagi kita boleh pertahankan yang namanya Pakatan ini demi kemasyalatan bersama kita pertahankan," katanya mengulas polemik pelaksanaan hukum hudud yang berdepan tentangan DAP.
Dalam temubual ekslusif bersama Antarapos baru-baru ini, Haron berkata PAS bersedia untuk kembali bersendirian sekiranya kemelut berlaku mengundang perpecahan Pakatan.
"Kalau kita dikeluarkan bukan pilihan kita, kalau mereka nak keluar daripada Pakatan bukan suruhan kita.
"Tapi kalau mereka merasakan keberatan bersama-sama dengan kita maka masing-masing ada jalan sendiri," katanya.
Tambah beliau, sekiranya ketiga-tiga komponen Pakatan itu tidak lagi sehaluan maka jalan terbaik adalah berpisah dan mengambil haluan masing-masing.
"Sebab itu kita tak perlu bergaduh pasal yang itu, kita pakat cari wasilah atau cara yang baru pula untuk menggantikan Pakatan kalau perlu kepada pertukaran," katanya.
DAP sebelum ini mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan tidak bermaruah dan tidak jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
Bagaimanapun tindakan DAP itu langsung tidak melemahkan semangat PAS apabila parti itu tetap meneruskan langkah apabila bakal membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat.
PKR turut selari dengan pendirian DAP dengan berpegang kepada konsensus Pakatan yang tidak meletakkan hudud sebagai dasar bersama dipersetujui oleh DAP dan PAS sendiri sebelum ini.
Pakatan hanya wasilah bukan matlamat PAS
Ditanya mengenai pandangan PAS tidak akan 'survive' tanpa Pakatan, Haron memberitahu tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam Pakatan hanya wasilah bukan matlamat parti itu.
"Pakatan Rakyat adalah satu wasilah, satu cara daripada beberapa cara untuk sampai kepada matlamat PAS...Ia hanya wasilah, jalan atau cara tapi ia bukan matlamat.
"PAS tidak bermatlamatkan kepada tertubuhnya PaKatan Rakyat selama-lamanya, selagi mana kita merasakan Pakatan Rakyat itu memberi faedah kepada situasi menang-menang.
"PAS pun ada keuntungan, yang bergabung dalam Pakatan pun ada keuntungan jadi kita akan pertahankan dan kita akan berjalan bersama-sama," katanya.
Menurutnya, perjuangan PAS sudah sejak sekian lama dengan dasar serta prinsip yang tidak pernah berubah sedangkan Pakatan baru saja mencari tapak.
"Tapi jika sudah nyata contohnya kalau kita tiga orang berjalan dan semuanya menuju satu hala, tidak ada tikam-menikam antara kita, tak ada sekat-menyekat maka kita akan berjalan sampai kepada matlamat.
"Ini belum sampai matlamat kalau antara kita pun sudah ada tak mahu berjalan, menekan kawan, mengkritik kawan, menikam kawan dan sebagainya bermakna ada masalah dan tidak akan sampai matlamat," katanya. - ANtaraPOS

0 Komentar untuk "PAS cuba 'selamatkan' PR tapi masing-masing ada jalan sendiri - Haron Din"