PASMA: Baru Mesyuarat Pertama Dah Bergaduh Sesama Sendiri - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PASMA: Baru Mesyuarat Pertama Dah Bergaduh Sesama Sendiri

Assalamualaikum, PASMA adalah sebuah NGO yang tujuan asalnya adalah untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat secara amnya,dan secara khususnya adalah memperkuatkan dan mendamaikan PAS dalam PR.

Maaf jika PASMA Negeri Sembilan ingin menegur ADMIN PASMA Pusat kerana menyiarkan post sebegini kerana ianya telah menimbulkan kemarahan banyak pihak yang juga ahli dan penyokong PAS dan secara tak langsung juga posting tersebut akan mencacatkan lagi perspektif ahli dan juga penyokong PAS.



Kembali kepada tujuan utama,iaitu kembali perkukuhkan PAS dalam PR,dan kembalikan keyakinan rakyat terhadap hubungan baik rakan komponen parti dalam PR. Jangan kita bertelagah lagi sesama kita,tujuan utama adalah tumbangkan UMNO BN,bukan "Sayangi UMNO, cintailah BN" sedangkan rakan sesama kita dipijak dan diserang dengan peluru yang sama.

ADMIN PASMA N9 mohon maaf jika teguran ini kurang menyenangkan beberapa pihak,kerana inilah luahan hati sebenar dar seorang yang sayangkan PAS dan Pakatan.

Akhir sekali,ADMIN mohon sekali lagi kepada semua penyokong dan ahli PAS,jangan lah anggap PASMA ini sebagai musuh utama, bukalah minda dan terimalah juga kritikan dan teguran kami ini untuk kearah kebaikan. Tujuan penubuhan PASMA adalah jelas dan ianya adalah hanya sebuah NGO semata-mata dan paling jelas ialah tiada erti "Jemaah dalam Jemaah".

Sekian
Yang Ikhlas,

ADMIN PASMA NEGERI SEMBILAN.








Antara gambar di siarkan oleh PASMA Pusat untuk memburuk Presiden PAS

0 Komentar untuk "PASMA: Baru Mesyuarat Pertama Dah Bergaduh Sesama Sendiri"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI