'Tahaluf siyasi' PAS dalam Pakatan Rakyat bertujuan menghalalkan yang haram, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Oktober, 2014.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "tahaluf siyasi" PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) bertujuan menghalalkan yang haram.
Dr Mahathir berkata, PAS pintar menggunakan Islam dan bahasa Arab untuk kepentingan mereka, serta menuduh apa yang dilakukan Umno sebagai haram.
"Saya tidak dapat mengenal pasti dari mana datangnya 'tahaluf siyasi' ini dan bila orang Islam dihalalkan apabila melakukannya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya www.chedet.cc hari ini.
Dr Mahathir berkata, PAS bijak menggunakan istilah Arab untuk menghalalkan mereka berpeluk dengan orang kafir yang memusuhi Islam dan mengambil langkah bermusuhan dengan Umno.
"Dan di masa yang sama permusuhan dengan orang Umno diteruskan kerana kerjasama Umno dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam tidak diberi nama Arab iaitu 'tahaluf siyasi'," katanya.
Beliau berkata, PAS masih rugi walaupun bekerjasama dengan DAP dan PKR, ia dibuktikan dengan jumlah kerusi Parlimen yang diperoleh parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.
"Tetapi PAS masih tidak berjaya menjadi kerajaan di peringkat pusat.
"Dalam PRU13 yang dapat kerusi terbanyak dalam Pakatan ialah DAP dengan 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi. Sementara Pulau Pinang kekal di tangan DAP dan Selangor di tangan PKR, PAS hilang Kedah," katanya.
Dr Mahathir berkata, PAS ditipu oleh DAP dalam kerjasama gabungan PR.
Katanya, Barisan Nasional (BN) sudah lama bekerjasama antara satu sama lain tanpa menggunakan istilah bahasa Arab seperti "tahaluf siyasi" seperti digunakan PAS.
"Dengan itu kerjasama PAS dengan orang kafir DAP diperkenal dengan perkataan 'tahaluf siyasi' yang maksudnya sama dengan kerjasama. Selesai masalah.
"Tahaluf siyasi atau kerjasama ini tidak berbeza sedikit pun dengan kerjasama Umno dengan MCA dan MIC tidak disebut dan tidak dijelaskan," katanya.
Dr Mahathir juga mempersoalkan tindakan PAS yang masih bersama DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang syariat Islam.
"DAP secara terang-terangan menolak negara Islam dan hudud PAS, tidak seperti MCA dan MIC tidak menentang perjuangan Islam Umno juga tidak disebut.
"Kerana kerjasama ini disebut sebagai ‘tahaluf siyasi’ dalam bahasa Arab maka kerjasama ini tidak menjadikan PAS kafir," katanya. – 8 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tahaluf-siyasi-untuk-halalkan-yang-haram-pas-ditipu-dap-kata-dr-mahathir#sthash.T5NXr8Bl.dpuf

0 Komentar untuk "‘Tahaluf siyasi’ untuk halalkan yang haram, PAS ditipu DAP, kata Dr Mahathir "