Anwar selar Putrajaya tidak dakwa Ibrahim Ali yang mengancam bakar Bible - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Anwar selar Putrajaya tidak dakwa Ibrahim Ali yang mengancam bakar Bible

Datuk Seri Anwar Ibrahim kata ajaran Islam tidak membenarkan perbuatan mengancam dan menindas agama lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2014.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan Putrajaya kerana tidak mendakwa Datuk Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar Bible berbahasa Melayu di Pulau Pinang menggunakan alasan presiden Perkasa itu hanya mempertahankan kesucian agama Islam.

Menurut ketua pembangkang, ajaran Islam tidak membenarkan perbuatan mengancam dan menindas agama lain.

"Saya fikir ini menunjukkan pihak berkuasa tidak bertanggungjawab dalam hal ini," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu ketika ditemui pemberita di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.



"Itu pendapat Umno atau menteri. Ia tidak pernah ditoleransikan. Pemahaman saya mengenai Islam adalah anda perlu hormati kepercayaan dan teks agama," kata Anwar mengulas jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri kepada soalan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng dua hari lalu.
Nancy berkata Putrajaya memutuskan tindakan Ibrahim itu hanya untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan tidak berniat menggugat agama lain.

"Kata-kata yang diucapkan beliau (Ibrahim) ditujukan kepada individu yang mengedar naskah Bible mengandungi kalimah Allah dan tulisan Jawi kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang termasuk pelajar Melayu.

"Kenyataan yang dibuat beliau tidak berniat menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam," kata Nancy dalam jawapan bertulis Parlimen itu.

Menurut Nancy, oleh kerana itu, tiada pendakwaan dilakukan terhadap Ibrahim. – 9 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-selar-putrajaya-tidak-dakwa-ibrahim-ali-yang-mengancam-bakar-bible#sthash.9CAJEEnw.dpuf
0 Komentar untuk "Anwar selar Putrajaya tidak dakwa Ibrahim Ali yang mengancam bakar Bible"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI