Azmin nafi Anwar ‘di belakang’ kerajaan negeri Selangor - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Azmin nafi Anwar ‘di belakang’ kerajaan negeri Selangor

Keputusan kerajaan negeri Selangor dibuat berdasarkan kebijaksanaan exco, bukan dibayangi Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Oktober, 2014.

Sebarang keputusan yang dibuat kerajaan negeri Selangor adalah berdasarkan kebijaksanaan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dan bukanlah dibayangi Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu percaya Anwar mahukannya menjadi seorang pemimpin yang efektif dan selepas sebulan menjawat jawatan itu, beliau masih bebas membuat sebarang keputusan.

“Saya cukup yakin Anwar juga mahu saya menjadi menteri besar yang efektif kerana pengalaman saya bersama beliau selama 30 tahun mendidik saya menjadi pemimpin dan ketua yang tegas dan efektif.



“Saya juga percaya Anwar mahukan saya mengambil pendirian yang sama dalam mentadbir Selangor. Tetapi dalam soal pentadbiran seharian, itu berdasarkan kebijaksanaan saya bersama exco.
“Dalam tempoh sebulan ini, banyak keputusan besar yang diputuskan, tiada siapa yang mengarahkan saya untuk berbuat demikian kerana kita putuskan berdasarkan fakta dan keperluan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Hujung bulan lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Azmin masih dilihat sebagai boneka Anwar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu hanya dapat menjadi seorang menteri besar yang baik jika tidak mengikut arahan pihak lain.

Dalam pada itu, Azmin pada minggu lalu juga menafikan wujud perjanjian bersyarat antara dirinya dan PKR berhubung pelantikan sebagai menteri Selangor.

Sebelum ini, sebuah blog mendedahkan satu surat yang ditulis Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli kepada Azmin.

Surat tidak bertarikh itu mensyaratkan PKR berhak memecat Azmin sebagai menteri besar Selangor jika didapati tidak mengikut arahan parti.

Surat itu ditujukan kepada Anwar dan Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad. – 23 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azmin-nafi-anwar-di-belakang-kerajaan-negeri-selangor#sthash.BtABno6k.dpuf
0 Komentar untuk "Azmin nafi Anwar ‘di belakang’ kerajaan negeri Selangor "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI