Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata adalah "menjijikkan" bagi pihak pendakwa untuk mendapatkan tambahan kepada hukuman penjara bagi kes liwat beliau ketika fakta-fakta kes itu telah membuktikan kes itu patut dibuang.
Bercakap kepada pemberita selepas prosiding hari ini di Istana Keadilan, Ketua Pembangkang itu berkata selepas mendengar hujah-hujah daripada pasukan pembelanya dalam tempoh tiga hari lepas, mahkamah sepatutnya membebaskan beliau.
"Mereka mendakwa mereka mahu menambah lagi hukuman itu, yang bagi saya adalah menjijikkan kerana selepas mendengar fakta dan jika anda bertindak secara profesional, tidak ada soalan, tetapi mengakui saja," katanya.
"Ia belum pernah terjadi sebelumnya. Ia sudah dijangkakan, tetapi saya sangat berharap dan begitu teruja ekoran cara pasukan saya menangani kes ini."
Pihak pendakwaan sebelum ini telah memfailkan rayuan balas untuk meningkatkan hukuman penjara Anwar yang boleh pergi sehingga 20 tahun di bawah undang-undang.
"Ini semua politik yang menjijikkan kerana penghujahan kita yang sangat kuat. Dan saya cukup yakin bahawa mana-mana mahkamah yang mengikuti undang-undang dan berpegang teguh kepada prinsip keadilan tidak dapat membuat keputusan lain."
Anwar memuji pasukan pembelaan dianggotai 14 peguam dan diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, serta Ramkarpal Singh, N. Surendran dan Sangeet Kaur Deo yang membuat penghujahan sejak prosiding bermula pada Selasa.
"Penghujahan yang sangat terperinci. Dari hari pertama dengan Sri Ram sehingga hari ini oleh Ramkarpal, ini adalah yang terbaik yang dapat kita harapkan. Ia adalah kerja yang hebat dan cemerlang dari mereka.
"Hujah undang-undang dan fakta yang dinyatakan dengan jelas sehingga tidak ada pilihan lain selain membebaskan saya dari pada semua tuduhan sembrono ini," katanya.
Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan pada Mac tahun ini, dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara. Dia bebas dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Pembelaan hari ini menyimpulkan penghujahan dengan Ramkarpal dan akan bermula esok pada pukul 9 pagi dengan hujahan pasukan pendakwaan yang diketuai peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Kata Anwar kepada pemberita hari ini, sekurang-kurangnya 85% daripada hujah pendakwaan dijawab oleh pasukan pembelaan dan ia akan menambah 15% lagi fakta baru.
Panel lima hakim mendengar rayuan dengan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria. Yang lain adalah Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. - 30 Okctober, 2014
0 Komentar untuk "Anwar bidas permohonan pendakwa tambah hukuman ‘menjijikkan’"