PAS sudah serah senarai exco kepada Azmin, kata Mustafa Ali - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS sudah serah senarai exco kepada Azmin, kata Mustafa Ali

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan pemilihan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dilakukan sendiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menghantar nama secara terus kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2014.PAS sudah menyerahkan nama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali malam tadi, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha agung PAS itu berkata, pemilihan exco dilakukan sendiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menghantar nama secara terus kepada Azmin.

"Pihak presiden PAS sudah serahkan nama-nama tersebut kepada menteri besar malam tadi," kata Mustafa seperti dilaporkan Harakahdaily.

Menurut portal milik PAS itu, Mustafa enggan mendedahkan jumlah dan nama calon-calon terbabit.
Mustafa bagaimanapun memberitahu Harakahdaily beliau yakin tiada perubahan besar berlaku.

"Saya tiada masalah jika keempat-empat exco kita sebelum ini dikekalkan,” katanya  menguatkan lagi spekulasi PAS akan mengekalkan keempat-empat exco mereka yang dianggap pengkhianat kepada Pakatan Rakyat (PR) oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Empat exco PAS sebelum ini adalah Iskandar Abdul Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi. – 25 September, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-sudah-serah-senarai-exco-kepada-azmin-kata-mustafa-ali#sthash.lQQ7Yzcf.dpuf
0 Komentar untuk "PAS sudah serah senarai exco kepada Azmin, kata Mustafa Ali "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI