Wan Azizah mula ambil berat tentang Selangor - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Wan Azizah mula ambil berat tentang Selangor

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan Dasar Presiden Kongres PKR menyentuh beberapa isu yang sebelum ini menjadi keluhan rakyat Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Ogos, 2014.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mula mengambil berat tentang Selangor ketika beliau dicalonkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai calon menteri besar untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dr Wan Azizah dalam ucapan Dasar Presiden Kongres PKR menyentuh beberapa isu yang sebelum ini menjadi keluhan rakyat Selangor, antaranya mutu pendidikan Universiti Industri Selangor (Unisel), pinjaman mikrokredit dan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) yang tidak dibelanjakan kerajaan negeri dengan baik.

"Saya ingin mengesyorkan agar kemudahan-kemudahan asas rakyat Selangor seperti jalan raya yang tidak berlubang, persekitaran yang bersih, longkang dan parit yang tidak tersumbat dan persekitaran yang bersih serta bebas Aedes terus diwujudkan kerana ini adalah hak rakyat yang memilih kita ke tampuk kuasa," katanya di hadapan ahli PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.



Desakan kuat daripada akar umbi dan pemimpin PKR yang  mahu Dr Wan Azizah menjadi menteri besar Selangor selepas parti menyingkirkan Khalid.
PAS minggu lalu dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusatnya turut menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar, akan tetapi PR hanya mahu Dr Wan Azizah sahaja sebagai calon tunggal untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dr Wan Azizah turut membidas pentadbiran Khalid yang sering berbangga dengan perolehan rizab RM3 bilion tetapi tidak membelanjakannya bagi tujuan kemudahan asas rakyat.

"Kita akui kerajaan Selangor mempunyai dana dan program-program yang membantu merakyatkan ekonomi yang sepatutnya diteruskan.

"Sungguhpun kita berbangga dengan pencapaian ini, kita juga harus prihatin bahawa isu rakyat perlu diutamakan: sampah, jalan yang melibatkan peruntukan Marris yang tidak dibelanjakan," katanya.

Beliau turut mencadangkan lebih banyak pinjaman mikrokredit berkadar rendah di Selangor untuk membantu menjana ekonomi golongan berpendapatan rendah serta menaik taraf perniagaan usahawan kecil.

Menyentuh isu pendidikan, Dr Wan Azizah berkata Selangor patut dijadikan sebuah hab pendidikan dan negeri contoh PR.

"Selain daripada soal prasarana asas; persekitaran, kita perlu menekankan soal mutu pendidikan.

"Unisel, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), pusat-pusat latihan dibawah kelolaan negeri Selangor harus ditingkatkan keupayaan," katanya. – 23 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wan-azizah-mula-ambil-berat-tentang-selangor#sthash.kYuHlhFR.dpuf
0 Komentar untuk "Wan Azizah mula ambil berat tentang Selangor"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI