Selangor Medan Perpecahan Pakatan Rakyat - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Selangor Medan Perpecahan Pakatan Rakyat

Oleh Mohammad Tawfik Bin Yaakub

Kejayaan parti PAS, PKR dan DAP dalam PRU12 menafikan majoriti kerusi BN di Parlimen dan menguasai negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan mengekalkan pentadbiran di Kelantan merupakan pencetus penubuhan gabungan Pakatan Rakyat. Penubuhan PR selepas kemenangan terbesar parti-parti pembangkang dalam sejarah politik Malaysia dilihat kebanyakan ahli akademik dan penganalisis politik sebagai dimensi politik baru menuju kepada sistem dua parti di negara ini.

Kemenangan besar PR dalam PRU12 dan PRU13 adalah bertitik tolak kepada harapan dan janji politik yang ditaburkan untuk meraih undi atas keterdesakan kehidupan rakyat. Meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai individu penting yang menggagaskan penubuhan PR, namun beliau sendiri kini menghancurkan jambatan persahabatan dalam gabungan parti pembangkang.

Benarlah ungkapan mendiang Karpal Singh yang juga bekas pemimpin utama dalam PR dalam satu kenyataannya menggelar Anwar sebagai seorang individu yang mencetuskan pelbagai masalah kepada negara dan perlu bertaubat. Kenyataan mendiang mengenai sikap Anwar kini semakin terbukti dengan tercetusnya krisis menteri besar Selangor yang kian kusut akibat tercetusnya idea “Kajang Move” untuk menyingkir penyandang sedia ada.
Krisis pertukaran menteri besar Selangor secara paksa ini juga semakin menyerlahkan amalan nepotisme dan kegopohan sesetengah pemimpin PKR untuk berkuasa di negeri terkaya. Kini, krisis di Selangor merupakan medan mendedahkan sikap dan pendirian politik sebenar setiap parti dalam PR dan patut dijadikan ruang kesedaran kepada masyarakat untuk menilai dan bermuhasabah pilihan mereka yang lalu.
Idea “Kajang Move” dan krisis menteri besar Selangor yang digembar-gemburkan gabungan parti pembangkang selama ini melalui slogan selangkah ke Putrajaya beralih kepada medan runtuhnya PR akibat ketamakan kuasa.

* Penulis ialah penganalisis politik dan calon PhD Universiti Malaya -
0 Komentar untuk "Selangor Medan Perpecahan Pakatan Rakyat"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI