Pakatan Rakyat Atau Pakatan Rapuh? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pakatan Rakyat Atau Pakatan Rapuh?

Oleh AMENO WORLD

Pakatan rakyat perlu berhenti menggunakan nama pakatan rakyat memandangkan korang bukannya berpakat ;

1. Demi memastikan kebajikan rakyat terbela.
2. Bukan la berpakat sangat pun sekadar buat2 berpakat (berlakon depan BN) untuk nampak kuat.

Walaupun ramai penyokong2 setia PR rasa panas ahti dengan kenyataan ini tetapi belajar la buat2 terima hakikat. Tak guna kita bohong diri kita ataupun bersikap berpura2. Ia tak membantu kita selangkah lebih dekat untuk selesaikan masalah bahkan bila kita jauh dari menerima realiti kita sebenarnya membantu memburukkan keadaan.

Apa itu PKR dalam krisis MB?

Nepotisme bukan la isu utama yang aku tekankan. Aku lebih prefer tekan kan isu pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin2 PKR. Kefahaman aku mengenai nepotisme dari dulu lagi bermaksud jika seseorang itu memang berkelayakkan atas jawatan meskipun dia ahli keluarga ko, maka apa salahnya? Sama aje macam konsep kronisme. Jika seseorang itu berkelayakkan atas projek, maka apa masalahnya? Kebetulannya dia kawan kita, adik beradik kita dan kebetulan dia memang mampu buat kerja, jadi kenapa? Mengasingkan dia ataupun melakukan diskriminasi terhadapnya hanya kerana dia seseorang yang terkait rapat dengan kita samada darah ataupun pertalian sahabat, adakah itu betul? 

Mahupun kah kita serahkan sesuatu ke atas seseorang yang tak pandai buat kerja hanya semata2 nak mengelakkan diri dari dikata tentang nepotisme dan kronisme? Nepotisme dan kronisme ialah isu yang diperkatakan oleh PKR kepada BN. Sangat teruk permainan PKR disitu sampaikan SMAB (Syed Mokthar Albukhary) diserang bertubi2. Sangat kejam serangan yang dilakukan ke atas individu itu hinggakan soal bangsa dia diangkat. Bukan aku nak membela SMAB tapi dia ada sisi positif yang kita boleh belajar. Aku tak terkesan dengan sentimen serang ikut parti neh. Sebab itu serangan ke atas SMAB patut tertumpu kepada BN bukannya atas batang tubuh SMAB. Ia adalah polisi yang diluluskan oleh BN untuk membolehkan penindasan dilakukan terhadap rakyat oleh mana2 ahli perniagaan sekalipun. 

Kefahaman salah yang dibawa oleh PKR ini juga akhirnya makan diri mereka. Mereka salah terangkan pada rakyat apa itu isu NEPOTISME dan mereka juga salah terangkan kepada rakyat apa itu KRONISME. Maka apabila perkara yang sama berbalik kepada diri mereka, mereka kelam kabut nak perjelaskan keadaan bagi memastikan tindakan mereka nampak betul di kaca mata rakyat khususnya penyokong2 mereka. 

Untuk PKR ;

- Aku secara peribadi tidak berminat membela TSKI. Bahkan aku lihat ramai juga yang mempunyai pendirian yang sama.

- Yang ditekankan ialah sepanjang proses mahu menukar MB, korang melakukan pelbagai penipuan demi penipuan bagi memastikan matlamat korang tercapai.

- Sudah la kantoi menipu, kantoi pula dalam salah guna kuasa seperti yang didedahkan oleh Sanusi, Zuhdi, tetapi sampai sekarang tiada mana2 pihak dari PDRM mahupun SPRM menyiasat akan pendedahan tersebut. Boleh kah aku menuduh PKR telah membeli SPRM dan PDRM? Kalau tidak, kenapa mereka tak siasat?

- Bila sudah ada jalan terbuka luas untuk memastikan proses menukar MB berlaku dengan aman, korang menolak tawaran sultan untuk menghantar lebih dari 2 nama. Kenapa? Akhirnya sudah boleh tukar MB. Akhirnya MB tetap dari PKR. Akhirnya ko berjaya membuang TSKI. Apa lagi masalahnya? Adakah nak beri gambaran calon2 PKR semuanya tak boleh diharap? Dah tue, kenapa angkat mereka jadi ADUN kalau dorang haprak? Siapa yang angkat mereka, bukan kah PKR itu sendiri?

- DSWA tidak berkelayakkan, tiada kredibliti, tidak mampu selesaikan masalah parti, gagal perform dengan baik, bukan la seorang pemimpin yang mampu memimpin, tidak strategik, dia tiada ketokohan langsung sebagai MB. Adakah ini persepsi? Semua tahu ianya bukan. Adakah DSWA bukan puppet kepada DSAI? Semua tahu sememangnya DSWA ialah puppet kepada DSAI. Jadi kenapa nak berpura2 dan mengatakan sebaliknya? Apa manfaat yang kita terima dengan menjadi berpura2? Lepas tue dok sebar kehebatan2 DSWA supaya rakyat Selangor terima betapa hebatnya bakal MB baru. Kalau hebat sangat kenapa letak jawatan di Permatang Pauh untuk berikan laluan kepada DSAI? Kenapa tak tunjukkan kehebatan dia kat situ untuk buat kerja bagi membantu rakyat? Kehebatan yang dibentuk melalui kata2 bukan la hebat. Hebat dalam erti kata sebenar, ialah tindakan.

- PKR menggunakan elemen2 berbaur fitnah terhadap PAS bagi memastikan matlamat mereka tercapai dan aku tak suka. PKR sanggup merampas 2 adun PAS demi memastikan matlamat mereka tercapai meskipun tindakan itu menyebabkan PAS huru hara. PKR menggunakan segala bentuk serangan termasukla serangan peribadi terhadap TSKI samada di forum mahupun di roadshow meskipun selama ini mereka cukup marah jika BN melakukan serangan peribadi terhadap mereka. Apa itu rambut selekeh? Apa itu gagap? Semua benda2 neh penyokong2 PR sendiri sebut dan ianya sangat memalukan. Selama 5 tahun yang lepas, yang dikata gagap dan selekeh itula yang korang puji dan usung namanya bagai nak rak. Bahkan taknak buang nama dia sebagai salah seorang CALON PRU bagi memastikan PR menang dengan bergaya pada PRU ke 13 yang lepas. Semua kebaikan yang ada pada diri dia korang guna semaksimum yang mungkin bagi mendapatkan kemenangan. Ini apa yang didedahkan oleh Khalid Samad dalam salah satu forum baru2 ini. Tapi selepas kemenangan itu korang dapat (bahkan PR akui salah satu faktor kemenangan adalah TSKI) korang tendang dia macam kain buruk atas alasan ;

- Dia berkompromi dengan BN dalam isu air dan KIDEX. DSWA baru2 ini maklumkan tiada apa2 yang PR boleh buat dalam isu air (kena ikut perjanjian dengan BN). Manakala dalam isu KIDEX, ia dalam pengetahuan exco2 yang terlibat, bukan kah wajar jika exco2 itu dipertanggungjawabkan sekali? Ini bukan keputusan satu orang. Ia dibawa dalam mesyuarat, bentang, bincang, bahas, kenapa exco2 itu tak mainkan peranan mereka untuk halang? 48 tahun tol? Kau dah gila? 

- Dia ada isu dalam penyelesaian hutang dengan BANK ISLAM yang membuatkan kredibliti dia jadi pertikaian (berdasarkan persepsi).

- Isu2 peribadi macam TSKI selalu mengata PKR nak curi rezab Selangor. Selalu mengumpat pasal PKR kat PAS. Selalu mengata PKR nak itu, nak ini, apa2 lagi dan susah la dia nak jaga duit itu balblanla..

Bagi mereka yang mempunyai hubungan dengan orang2 TSKI, mereka sudah lama mendapatkan maklumat ini. TSKI sudah lama sedia berundur pada saat dia tahu Anwar sedang rangka gerakan menjatuhkan dia. Ia adalah PAS yang membuatkan dia tertegak disitu. Haji Hadi, tolong recall kembali apa yang anda cakap depan sultan. Dia nak berundur dan akhirnya dapat berundur cara baik. Ada nampak tak muka dia macam tertekan bila PAS tarik balik sokongan kepada dia? Ini yang dia sebut pada Faekah. Dah orang tak suka kita nak buat apa. Faekah suruh lawan tapi dia taknak. Dia nak bersihkan nama dan bertenang (relax) jalani kehidupan aman damai. Dia dah pun hantar surat perletakkan jawatan. Yang peliknya pemimpin2 PKR bercakap pasal salah guna kuasa tapi kenapa tak bawa kepada SPRM untuk siasatan lanjut? Kenapa pula DSAI keluarkan kenyataan bahawa TSKI orangnya amanah?


Satu pihak mempersoalkan intergriti dia. Satu pihak yang lain memuji intergriti dia. Yang mana satu betul? Tidak kah Rafizi berbincang dulu dengan DSAI satu alasan yang kukuh supaya tidak terlihat contradiks antara satu sama lain?

Berhenti berpropaganda dan berhenti menjadi degil. Ia adalah rakyat Selangor yang terjejas dari segi emosi selagi mana krisis ini gagal diselesaikan secara baik. Peluang untuk menyelesaikan krisis sudah terbentang luas. TSKI sudah pun berundur. Sultan dah buka laluan untuk lantik MB lain. Hanya bagi 3 nama. Letak la sekali nama Wan Azizah kat situ. Ko tak rugi apa pun. Jika MB baru lantikkan korang masih berdegil macam TSKI yang tak suka rujuk parti sebelum buat apa2 keputusan maka kemukakan la usul undi tak percaya. Sudah ada pengalaman tukar MB sudah tentu kali kedua prosesnya lebih mudah memandangkan masing2 sudah belajar tata cara yang betul untuk tukar MB ikut protokol. UMNO pun tak minat nak bubar DUN meskipun makcik Zuraidah kita cakap kemain besar. Hari tue Rafizi katanya tak kisah biarpun DUN terpaksa bubar semata2 nak singkirkan Khalid. Kemudiannya puak2 PKR ini juga kembali mengutuk TSKI macam2 jika DUN terpaksa dibubar. Hello. Korang sesama sendiri pun bercanggahan antara satu sama lain lagi mao letak nama PAKATAN RAKYAT. Korang tak berpakat sesama sendiri bagaimana nak menarik minda rakyat untuk berpakat dengan idelogi korang.

Part 2. 
0 Komentar untuk "Pakatan Rakyat Atau Pakatan Rapuh?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI