PRK Pengkalan Kubor 25 September, penamaan calon 13 September - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PRK Pengkalan Kubor 25 September, penamaan calon 13 September

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof umum PRK DUn Pengkalan Kubor pada 25 September. Gambar fail The Malaysian Insider.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan diadakan pada 25 September dan hari penamaan calon pada 13 September.

Pengerusi S
PR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, hari pengundian awal akan diadakan pada 21 September 2014 melibatkan seramai 109 pengundi berdaftar.

"Sebelas sekolah akan dijadikan pusat pengundian melibatkan 46 saluran. Manakala 422 petugas akan bertugas dalam pilihan raya kecil yang melibatkan perbelanjaan RM696,750.

"Daftar pemilih induk 2013 digunakan bersama daftar pemilih suku pertama 2014 yang dikemaskini pada 20 Ogos 2014," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan susulan penyandangnya allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Guanzhou, China pada 20 Ogos lalu.

Beliau yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berjaya memenangi kerusi DUN Pengkalan Kubor semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan majoriti 1,736 undi dalam saingan tiga penjuru mengalahkan calon daripada PKR dan Bebas.

PRK Pengkalan Kubor merupakan pilihan raya kecil yang ke-7 selepas PRU13 lalu selepas berlangsungnya PRK Kuala Besut, Sungai Limau, Kajang, Balingian manakala dua lagi di peringkat Parlimen iaitu Bukit Gelugor dan Teluk Intan.

Abdul Aziz berkata, Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat akan dijadikan sebagai pusat penamaan calon manakala Dewan SMK Dato Biji Wangsa akan dijadikan pusat penjumlahan undi rasmi.

Katanya, daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya kali ini mengandungi seramai 24,039 pengundi berdaftar termasuk seorang pengundi tidak hadir di luar negara.

"Bagi memastikan proses pelaksanaan PRK ini berjalan lancar, semua pihak diminta mematuhi arahan pihak polis yang bertanggungjawab dalam menjaga ketenteraman awam dan keselamatan urusan pilihan raya.

"Pemimpin parti politik, calon, petugas, penyokong parti dan individu lain yang terlibat semasa berkempen hendaklah mematuhi peraturan pilihan raya dan tata etika berkempen yang ditetapkan semasa tempoh rasmi kempen," katanya.

Beliau turut menggesa majikan agar memberi tempoh munasabah kepada pengundi yang bekerja agar diberi kebenaran untuk keluar mengundi.

Katanya, Subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1953 memperuntukkan tiada majikan yang boleh membuat potongan gaji atau menuntut apa-apa penalti sebab tidak bekerja dalam tempoh itu.

"Majikan yang tidak membenarkan pekerjanya untuk keluar mengundi boleh didenda sebanyak RM5,000 atau setahun penjara," katanya.

SPR hari ini mengumumkan Ketua Jajahan Tumpat Mohd Sobri Ramli sebagai pegawai pengurus PRK Pengkalan Kubor yang dibantu tiga penolong pengurus selain tiga pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya.

Bagi pengundian secara pos dalam negara, permohonan boleh dikemukakan sebelum 15 September manakala yang berada di luar negara sebelum 13 September.

PRK kali ini menyaksikan pengundi yang berusia lingkungan 30 hingga 39 tahun merupakan kumpulan teramai dengan 5,744 orang diikuti pengundi yang berusia 40 hingga 49 tahun (4,983) dan pengundi yang berusia 21 hingga 29 tahun (4,827). – 29 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/prk-pengkalan-kubor-25-september-penamaan-calon-13-september#sthash.OFoCrf6X.dpuf
0 Komentar untuk "PRK Pengkalan Kubor 25 September, penamaan calon 13 September"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI