PKR yakin ambil alih DUN Pengkalan Kubor, kata Azmin - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PKR yakin ambil alih DUN Pengkalan Kubor, kata Azmin

PKR yakin dapat menawan kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. Gambar fail The Malaysian Insider.PKR yakin mampu mengambil alih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan dan parti itu sudah mengadakan perbincangan ringkas dengan PAS berhubung perkara itu, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata, beliau bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam dan memaklumkan perbincangan lanjut akan diadakan dalam masa terdekat.

"Sekarang kita bersiap sedia untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

"Saya menghubungi pengerusi PKR Kelantan untuk melihat prestasi kita dalam dua pilihan raya lepas," katanya, pada sidang media selepas merasmikan Kongres Pemuda PKR ke-10 di Shah Alam, hari ini.
Katanya, PKR yakin menewaskan Barisan Nasional (BN) dan memenangi kerusi tersebut memandangkan 2 DUN dalam kerusi Parlimen Tumpat itu dimenangi PAS.

"Kita boleh ambil semula kerusi Pengkalan Kubor," katanya.

Kerusi berkenaan ditandingi PKR dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.

Azmin bagaimanapun berkata, parti itu masih belum memutuskan calon mereka.

Sementara itu, dalam ucapan dasarnya, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin meminta PKR mempertimbangkan calon daripada sayap parti itu bertanding di PRK tersebut.

"Kita minta calon Pemuda PKR untuk DUN Pengkalan Kubor," kata Shamsul. – 22 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-yakin-ambil-alih-dun-pengkalan-kubor-kata-azmin#sthash.1x0aRfwh.dpuf
0 Komentar untuk "PKR yakin ambil alih DUN Pengkalan Kubor, kata Azmin "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI