‘PERANG Twitter' antara selebriti terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali, nampaknya masih belum berakhir apabila masing-masing saling berbalas kenyataan apatah lagi, Azwan turut mengeluarkan kata-kata yang kurang manis.
Mana tidaknya, di saat Malaysia sedang berkabung sempena kepulangan 20 jenazah mangsa MH17, pada peringkat pertama, masyarakat terpaksa 'melayan' karenah selebriti ini.
Bagi pakar motivasi, Dr Tuah Iskandar, sepatutnya perkara ini tidak perlu berlaku dalam kalangan selebriti, apatah lagi mereka adalah kelompok yang sering mendapat perhatian media dan masyarakat.
Menurutnya, situasi ini memperlihatkan perilaku artis itu sendiri sebagai 'boneka' sehingga boleh menjejaskan kredibiliti mereka di mata masyarakat dan peminat.
“Kehidupan selebriti sememangnya bergelumang dengan kontroversi, namun ada kontroversi yang boleh menaikkan populariti dan ada juga sebaliknya.
“Dalam kes ini, saya lihat tiada kematangan langsung. Sebagai selebriti, segala tindak tanduk mereka sentiasa diperhatikan.
“Jangan sampai orang fikir golongan selebriti adalah kelompok 'second class' dengan isu yang remeh temeh,” katanya kepada Zass.
Tambah Tuah, masyarakat juga tidak perlu menggunakan peluang yang ada untuk bergelar 'keyboard warriors' kerana pergaduhan ini hanyalah 'gaduh komersial'.
“Saya tak lihat mereka terjebak dalam pergaduhan besar-besaran, malah sekiranya pergaduhan itu berlaku di laman sosial, ia hanyalah untuk mencuri tumpuan orang ramai.
“Sebagai golongan pemerhati, kita tidak perlu mencemuh dan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyebabkan pergaduhan lain kerana dunia artis memang begitu.
“Mereka hanya mahukan perhatian dan untuk meraih populariti sahaja. Bukan bergaduh betul-betul,” katanya yang turut menyamakan situasi ini seperti dunia 'wrestling' (gusti).
'Selfie' ada buruk baiknya
Diminta memberi pandangan mengenai tindakan Azwan Ali yang berselfie di hari perkabungan tersebut, Dr Tuah memberitahu, sepatutnya Azwan perlu peka dengan situasi yang dilalui rakyat Malaysia ketika itu.
Katanya, di saat seluruh Malaysia berkabung dan melahirkan rasa sedih pilu di atas apa yang terjadi, Azwan sepatutnya menghormati situasi berkenaan.
“Tidak perlu dan tidak sesuai berselfie pada saat-saat begitu walaupun dengan riak wajah yang berduka. Hormatilah hari berkenaan.
“Pada saya, tindakan Azwan amat menjengkelkan. Saya akui, demam selfie merujuk kepada teknologi dan masyarakat kita juga tidak mahu ketinggalan. Namun dalam selfie, ada buruk baiknya.
“Jika gambar itu hanya untuk kepuasan diri tanpa memberi apa-apa pelajaran, pengetahuan, ilmu, kata-kata semangat kepada orang lain, ianya hanya sekadar 'syok sendiri'. Lainlah kalau ia disertakan dengan mesej-mesej berguna,” katanya lagi.

0 Komentar untuk "'Gaduh komersial' harus dihentikan"