DAP sebagai parti yang berpengaruh di Malaysia, tidak lagi boleh bergantung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan BN yang diyakinkan kepada orang Cina sebagai kerajaan Melayu kerana diterajui Umno.
Orang Cina memberikan sokongan kepada DAP kerana yakin ikatannya dengan Pas akan dapat mengalahkan calon Umno di kawasan Melayu penentu kemenangan dan mereka pula menjamin undi Cina bagi kemenangan Pas di kawasan orang Cina sebagai penentu kemenangan.
Anwar Ibrahim digambarkan sebagai harapan Malaysian Malaysia yang menjadi unifying figure yang melindungi kebusukan dan kejahatan matlamat perkauman.Wanita cantik juga digunakan untuk menutup keburukan.
Bagaimanapun keadaan sudah berlainan sekarang. Berikutan dengan Khalid Move seluruh orang Cina sudah tahu bahawa Pas sebenarnya tidak pernah mengkehendaki Anwar sebagai PM.
Walaupun DAP mengetahui penolakan Pas ini sekian lama tetapi menyembunyikannya kepada orang Cina bagi mempastikan sokongan kepada PR. Maka itu DAP menyokong Kajang Move bagi memaksa Pas menerima Anwar sebagai Perdana Menteri dengan keyakinan jika sudah layak jadi MB Selangor maka apa alasan lagi untuk Pas menolaknya sebagai PM. Lurus jarum lurus telunjuk.
Kajang Move benar-benar membangkitkan suatu kesedaran baru di kalangan rakyat terhadap kegilaan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Setelah gagal bertanding di Kajang, dia mahu menjadi remote control ke atas isterinya yang setia sekalipun dari penjara.
Sudah mustahil bagi penyokong penyokong Pas untuk kembali menyokong DAP dan PKR dengan penuh komitmen seperti yang berlaku dalam PRU13. Kecederaan berdarah yang parah ke dalam tidak mungkin sembuh lagi.
Atas pendedahan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sendiri, orang Pas telah tahu bahawa Kajang Move tidak dirundingkan dengan pemimpin pemimpin Pas lebih dahulu kerana kata Nasaruddin apa gunanya jika mereka memang sudah tidak setuju Anwar sebagai PM.
Maka itu apalah gunanya lagi Anwar Ibrahim kepada DAP dan juga kepada Pas. Anwar tidak lagi berkesan kepada DAP untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Beliau bukan lagi Unifying Figure sebaliknya menjadi The Utmost Destroyer Of Unity among The Pakatan.
Tangan yang membangunkan perpaduan Pakatan yang mengoncangkan BN, tangan itulah juga yang mengkecaikannya menjadi serpihan yang cuba dikutip oleh DAP dan Anwarinas.
Bagi Pas untuk membunuh anasir Anwarinas yang boleh menggugat perpaduan parti, keluar sahaja dari Pakatan Rakyat dan kembali bersendirian.
Kita akan dapat lihat Anwarinas terjun kapal.

0 Komentar untuk "DAP tidak boleh lagi bergantung kepada Anwar"