Kronisme dan nepotisme semakin parah dalam Pakatan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kronisme dan nepotisme semakin parah dalam Pakatan

Dalam usaha parti Pakatan Rakyat (PR) menyelesaikan kemelut politik Selangor yang semakin parah, pemerhati politik mendapati tindakan yang diambil menyerlahkan lagi amalan kronisme dan nepotisme pimpinan tertinggi parti berkenaan.

Jika sebelum ini kepimpinan Umno sering dihentam parti lawan dengan tuduhan mengamalkan kronisme dalam semua tindakan, tetapi tuduhan seumpamanya yang sering dijadikan senjata nampaknya mula makan tuan.

Imej kronisme dan nepotisme, yang sebati dalam PKR, semakin parah berikutan tindakan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon paling layak mengambil alih tugas sebagai menteri besar Selangor yang baharu.



Kemelut pertukaran menteri besar Selangor, yang berlarutan sejak 'Langkah Kajang' Mac lepas sehingga membawa kepada pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR 9 Ogos lepas, menonjolkan wajah sebenar PKR.
Ini jelas bertentangan dengan penafian ketua pembangkang dalam satu wawancara bersama stesen televisyen BBC pada 2008, partinya tidak mengamalkan nepotisme meskipun secara hakikatnya Dr Wan Azizah adalah presiden PKR ketika itu dan sehingga kini.

Berleluasa dalam parti pembangkang

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kronisme membawa maksud amalan mengutama atau mementingkan teman rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dan sebagainya. Nepotisme pula adalah perbuatan atau amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan rakan yang ada hubungan.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata isu kronisme dan nepotisme sebenarnya sebati dengan PKR dan DAP.

"Amalan kronisme dan nepotisme ini sudah berleluasa dalam parti pakatan, kita boleh lihat ketika Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, anak beranak dan suami isteri yang bertanding malah dalam PKR juga ramai yang mempunyai hubungan bau-bau bacang.

"Orang yang suka menuding jari telunjuk kepada orang lain, sebenarnya tidak menyedari ibu jarinya bengkok ke arah diri sendiri... mereka asyik mengaitkan kronisme dan nepotisme dengan BN sedangkan mereka sendiri mewujudkan dinasti masing-masing," katanya.

Tidak profesional

Beliau berkata, PR bertindak tidak profesional apabila sanggup memporak-perandakan dan mencampuradukkan kepentingan peribadi dengan profesionalisme dalam pentadbiran negeri.

"Di dalam Umno contohnya, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berada di tampuk pemerintahan, menghalang anak-anaknya daripada aktif berpolitik dan memegang jawatan tertinggi Umno.

"Perdana menteri sekarang pula, Datuk Seri Najib Razak juga tidak memberi jawatan kepada isterinya dalam politik atau pentadbiran negara, malah turut tidak mengheret anaknya dalam kancah politik," katanya.

Sebaliknya dalam parti pakatan, Anwar dilihat tidak putus-putus mempromosikan anak dan isterinya ketika beliau berkuasa di dalam PKR.

Persoalannya, cukup berkaliberkah Dr Wan Azizah untuk mentadbir negeri?

Abdul Halim berkata, presiden PKR tidak mempunyai sebarang rekod mentadbir dan menguruskan organisasi besar, berbanding Khalid yang disanjung tinggi berikutan kepimpinan dan pengalaman di dalam korporat, meskipun tidak 'pandai' berpolitik.

"Pengaruh yang ada pada Dr Wan Azizah ialah beliau isteri kepada Anwar. Kalau tiada 'title' isteri Anwar, orang tidak akan kenal dan undi mungkin tidak akan berpihak pada beliau. Kalau ikutkan etika, ini sebenarnya satu kronisme dan amat tidak professional sekali," katanya.

Cakap tidak serupa bikin

Justeru, jika benar terdapat isu kronisme dan nepotisme di dalam BN seperti yang sering dilaungkan pembangkang, mengapa pembangkang sendiri mengamalkannya?

Abdul Halim berkata, pembangkang menunjukkan sikap hipokrit mereka apabila mereka sendiri membenarkan kronisme dan nepotisme berlaku serta berleluasa dalam parti mereka, terutamanya oleh ketua mereka sendiri.

"Kalau benar BN lakukan kesilapan dan pembangkang tidak suka ia berlaku, maka pembangkang sendiri tidak seharusnya ikut kesilapan itu... jangan buat.

"Sepatutnya kepimpinan melalui teladan... mengapa perlu tuduh BN bermacam-macam sekiranya pembangkang sendiri mengamalkan apa yang dituduh itu," katanya. – Bernama, 15 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kronisme-dan-nepotisme-semakin-parah-dalam-pakatan#sthash.0SUvpOKZ.dpuf
0 Komentar untuk "Kronisme dan nepotisme semakin parah dalam Pakatan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI