KOTA BHARU – Persidangan Khas Dewan Rakyat berkaitan tragedi MH17 Rabu lalu, harus dijadikan titik permulaan kepada perpaduan yang jelas antara parti politik di negara ini.
Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perpaduan dan kesepakatan yang ditonjolkan dalam persidangan tersebut membuktikan isu kemasyarakatan menjadi agenda utama walaupun berlainan parti politik.
“Usul kita mengutuk sekerasnya tragedi yang menimpa itu disokong semua pihak, jarang sekali kita dapat lihat perpaduan seperti ini.
"Apabila kita bercakap mengenai isu nasional, kita ingin melihat semua ahli parlimen bersatu, namun dalam isu MH17 ini, kita dapat lihat semuanya mengemblengkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada media, semalam.
Beliau hadir merasmikan Majlis Pelancaran Pasar Tani Pra Syawal 2014 di RTC Kelantan yang turut dihadiri Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Ab Razak Ab Majid dan Pengarah Fama Wilayah Timur 1 dan RTC Kelantan, Mohd Ariffin Awang.
Mustapa berkata, perpaduan dan kematangan tersebut harus dikekalkan dalam persidangan melibatkan ahli parlimen seluruh negara kerana apabila membincangkan isu nasional seperti itu, tiada pihak pun yang boleh mengambil kesempatan atas dasar politik.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut memberitahu, Malaysia juga berbangga kecekapan Perdana Menteri mengendalikan isu tersebut dengan tegas dan penuh bermaruah.
“Rundingan yang dibuat Perdana Menteri juga bukanlah perkara mudah, ia perkara yang harus disyukuri, dengan berkat kesungguhan semua pihak terlibat, akhirnya puak pemisah memberi kerjasama dalam hal ini.
“Ini adalah ujian Allah SWT, kini Perdana Menteri sedang bertungkus-lumus untuk memastikan mayat mangsa tragedi ini dapat dibawa pulang ke Malaysia dan diuruskan secepat mungkin,” katanya.

0 Komentar untuk "MH17: Titik mula perpaduan semua parti"