‎Ahli PAS perlu akur pendirian Hadi sokong Khalid, kata Dewan Ulama PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

‎Ahli PAS perlu akur pendirian Hadi sokong Khalid, kata Dewan Ulama PAS

Dewan Ulama PAS menyeru kepada semua ahlinya supaya akur dengan pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berbeza dengan DAP dan PKR apabila mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan jawatannya sebagai menteri besar Selangor.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Khalid dan beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.

"Ahli PAS perlu menghayati kebijaksanaan Presiden dalam hal ini, tambahan lagi Presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebarang usaha menukar Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tanpa persetujuan bersama sehingga menimbulkan kekalutan rakyat perlu dielakkan.
Ahmad Yakob berkata kenyataan Hadi dibuat berdasarkan keputusan PAS sebelum ini mengenai tiga perkara utama berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada Mac lalu, iaitu calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diserahkan kepada PKR.

PAS juga membantu keperluan PKR mempertahankan kerusi Kajang, dan isu menteri besar tidak berbangkit.

"Oleh itu pendirian Presiden adalah berasaskan keputusan yang disepakati bahawa tiada perubahan menteri besar Selangor," katanya yang menyokong penuh pendirian Hadi semalam.

Katanya, Dewan Ulama PAS mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan Khalid sejak pelantikan beliau sebagai menteri besar selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Begitu juga sejak Khalid mula menjadi menteri besar pada tahun 2008 sehingga berjaya kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu.

"Dewan Ulama PAS Pusat menegaskan bahawa maslahah (isu) mengekalkan jawatan beliau lebih kuat berbanding keperluan menukar menteri besar baru," katanya. – 26 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-pas-perlu-akur-pendirian-hadi-sokong-khalid-kata-dewan-ulama-pas#sthash.6thep4nJ.dpuf
0 Komentar untuk "‎Ahli PAS perlu akur pendirian Hadi sokong Khalid, kata Dewan Ulama PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI