Abdul Khalid hadir majlis PM demi jawatan? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Abdul Khalid hadir majlis PM demi jawatan?

SHAH ALAM –  Penganalisis politik menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Umno hanya untuk mempertahankan jawatan sebagai pemimpin nombor satu di negeri ini.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan berkata, Abdul Khalid semakin terdesak dan terpaksa bertindak sedemikian demi kedudukannya.

“Sebab itu dia (Abdul Khalid) sanggup tinggalkan prinsip sedia ada untuk bekerjasama dengan pihak lawan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Dr Jayum berpendapat PKR perlu menyingkirkan Abdul Khalid daripada parti kerana beliau hanya memperjuangkan kedudukan dan pangkat bukan kepentingan rakyat serta perjuangan parti.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian mengandaikan pertemuan Abdul Khalid dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu jaringan kerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat.

“Walaupun ada rakyat yang  melihat Abdul Khalid cuba mempertahankan kedudukannya meskipun berhadapan dengan masalah dalam parti, tetapi lagi penting dari pelaksanaan dasar.

“Rakyat mahu pelaksanaan dasar bukan kepentingan politik yang dimanipulasi segelintir pihak yang mahu Abdul Khalid melepaskan jawatannya,” katanya.

Beliau percaya kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri penting untuk masa depan, walaupun berbeza ideologi politik.

Kelmarin, Abdul Khalid mengunjungi program berbuka puasa dan solat terawih bersama Najib  di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.

Hasrat ‘Langkah Kajang’ yang gagal menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusi  sebagai ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.
http://www.sinarharian.com.my/politik/abdul-khalid-hadir-majlis-pm-demi-jawatan-1.298897
0 Komentar untuk "Abdul Khalid hadir majlis PM demi jawatan?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI