MARAN - Kementerian Sumber Manusia bersedia menawarkan latihan kemahiran kepada golongan gelandangan di pusat-pusat latihan kerajaan di seluruh negara bagi menjamin masa depan golongan terbabit.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, kementerian itu dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pernah mengadakan program latihan kemahiran kepada golongan tersebut sedikit masa dahulu tetapi kurang mendapat sambutan.
"Kementerian bersedia membimbing serta memberi latihan kemahiran kepada golongan terbabit kerana yakin ada kalangan mereka mempunyai kemahiran asas yang boleh digilap dengan diberikan latihan supaya masa depan lebih terjamin.
"Namun apa yang menyedihkan, ada mereka lebih berminat dengan tawaran golongan manipulasi manusia yang menawarkan pelbagai tawaran pendapatan lumayan tetapi sebenarnya palsu menyebabkan golongan gelandangan ini kekal di takuk yang sama," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis berbuka puasa 60 anggota Pasukan Latihan Perisikan Tentera (PULARIS) Temerloh bersama-sama penduduk kampung di Masjid Kampung Pantai Seberang Chenur, di sini malam tadi.
Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin serta Pegawai Pemerintah Pularis, Temerloh, Left Kol Abu Hashim Jamaluddin.
Ismail yang juga anggota Parlimen Maran berkata, terdapat lebih 1,100 buah pusat latihan awam dan swasta di seluruh negara yang menyediakan pelbagai bidang latihan kemahiran.
Pada masa kini, katanya terdapat kira kira 7,000 golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang mengikuti pelbagai latihan kemahiran di pusat-pusat latihan tersebut.
Beliau berkata, kebanyakan mereka yang menamat latihan di pusat-pusat latihan berkenaan berjaya mendapat pekerjaan di jabatan kerajaan dan swasta, dan ada yang telah menjalankan perniagaan sendiri.
Menurutnya, selain golongan gelandangan, OKU dan ibu tunggal, latihan juga terbuka kepada golongan belia dan mereka yang berminat boleh berhubung dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mendapatkan maklumat.
Ismail berkata, negara memerlukan sekurang-kurangnya lima juta pekerja menjelang tahun 2020 dengan separuh daripadanya memerlukan pekerja mahir dan negara akan kerugian besar jika peluang pekerjaan itu berterusan diisi oleh pekerja asing. - Bernama

0 Komentar untuk "Tawar latihan kepada gelandangan"